Selamat datang ke
zon C5
Kampus Pauh Putra, UniMAP
Laman web ini adalah direka untuk mempunyai pandangan yang paling baik melalui akses di telefon bimbit.
Keselamatan anda adalah
KEUTAMAAN
pihak kami
For the English language version, please click here.
Mohon untuk lengkapkan proses-proses berikut agar membantu pihak kami mengurangkan risiko keselamatan terutamanya sekiranya berlakunya kejadian kecemasan.
- Pendaftaran maklumat pelawat. Mohon jasa baik tuan/puan untuk melengkapkan borang pendaftaran pelawat atas lawatan anda ke FKTM B di zon C5 hari ini. Sila klik di sini.
- Kenali komander insiden yang terlantik di zon C5. Sekiranya anda merupakan pihak yang pertama mengesan berlakunya kejadian kecemasan seperti kebakaran atau kemalangan di zon C5, mohon jasa baik anda untuk melaporkan kepada komander insiden di zon C5 iaitu Ts. Sofi Yahya (012-5366039) dari Fakulti Kejurutera dan Teknologi Elektrik (FKTE). Sekiranya anda ingin kenali jawatankuasa pengurusan pasukan tindak balas kecemasan yang terlantik di zon C5, boleh klik di sini.
- Sekiranya anda gagal menghubungi komander insiden di zon C5, anda juga boleh menghubungi pengurus jawatankuasa pengurusan keselamatan, persekitaran, dan kesihatan pekerjaan (JPKPKP), FKTM iaitu Ts. Dr. Tan Wee Choon (012-5515918). Sekiranya anda ingin kenali jawatankuasa pengurusan keselamatan, persekitaran, dan kesihatan pekerjaan (JPKPKP), FKTM yang terlantik, boleh klik di sini.
- Apabila berada dalam bangunan, sentiasa peka terhadap lokasi pintu terdekat dengan anda dan laluan kecemasan untuk bilik atau makmal yang anda berada.
- Fahamkan peraturan sekiranya anda melawat makmal, bengkel atau kawasan yang berisiko. Sila memakai alat pelindung diri (PPE) sekiranya diminta oleh pihak yang terlibat.
- Sekiranya anda terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi atau diarahkan untuk melakukan pengungsian bangunan, anda MESTI SERTA-MERTA meninggalkan tempat kerja atau di mana saja anda berada untuk KELUAR DARI BANGUNAN. Berikut adalah prosedur pengungsian bangunan di FKTM B di zon C5:-
- Hentikan kerja.
- Berhentikan semua mesin (sekiranya terlibat dengan urusan mesin).
- Tutup injap gas dan peralatan elektrik (sekiranya terlibat).
- Tutupkan semua pintu.
- Keluar melalui laluan yang selamat dan terdekat.
- JANGAN gunakan lif.
- JANGAN berlari dan tolak-menolak antara satu sama lain.
- JANGAN sengaja buat bising.
- JANGAN cemas.
- JANGAN masuk semula ke dalam bangunan.
- Bekerjasama dan ikut arahan pegawai insiden.
- Berkumpul di tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
Berkaitan
Lokasi Berkumpul
semasa kejadian kecemasan
Lokasi-lokasi tempat berkumpul sekiranya berlakunya kejadian kecemasan di FKTM B di zon C5, Kampus Pauh Putra, UniMAP adalah tempat-tempat parkir yang berdekatan dengan bengkel/makmal tertentu. Mohon untuk rujuk peta-peta zon C5 di bawah untuk lokasi tempat berkumpul (yang ditandakan dengan titik merah).
Tempat berkumpul 1 di zon C5 (khusus untuk FKTM B1 - Bengkel Mekanikal 1, FKTM B2 - Bengkel Mekanikal 2, FKTM B3 - Bengkel Automotif, dan FKTM B4 - Makmal termodinamik & Makmal Tenaga & Mesin Turbo). Mohon untuk klik di sini (sekiranya lokasi tempat berkumpul 1 di zon C5 tidak berjaya dipaparkan di bawah).
Tempat berkumpul 2 di zon C5 (khusus untuk FKTM B5 - Makmal Mekanik Bendalir, FKTM B6 - Makmal Mekanik Pepejal & Getaran, FKTM B7 - Makmal Rekabentuk Mekanikal 1, dan FKTM B8 - Makmal Rekabentuk Mekanikal 2). Mohon untuk klik di sini (sekiranya lokasi tempat berkumpul 2 di zon C5 tidak berjaya dipaparkan di bawah).
Laluan kecemasan di zon C5 adalah diberikan seperti yang di bawah. Mohon untuk klik di sini sekiranya laluan kecemasan di zon C5 tidak berjaya dipaparkan di bawah.
Sekiranya anda tidak pasti di mana anda berada, anda boleh klik di sini (tempat berkumpul 1) atau klik di sini (tempat berkumpul 2) untuk mambantu anda sampai ke tempat berkumpul di FKTM B di zon C5. Sila pastikan anda berhala ke tangga yang terdekat untuk turun ke aras bawah. Mohon pastikan laluan anda adalah bebas daripada ancaman bahaya. Laluan yang dicadangkan dalam Google Maps berkemungkinan besar adalah berbeza dengan laluan kecemasan yang dicadangkan, ia hanya boleh digunapakai sekiranya anda gagal menjumpai laluan kecemasan yang disediakan dan ada telah memastikan laluan yang dicadangkan oleh Google Mpas adalah bebas daripada ancaman berbahaya.
Berkaitan
Penambahbaikan
Pengurusan Keselamatan
Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan penambahbaikan ke atas pengurusan risiko keselamatan di FKTM B di zon C5, anda boleh menghubungi pengurus jawatankuasa pengurusan keselamatan, persekitaran, dan kesihatan pekerjaan (JPKPKP), FKTM di emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Maklumat lanjut berkaitan dengan JPKPKP, FKTM boleh didapati dalam laman web https://jkkp-fktm.unimap.edu.my/