Berkaitan JPKPKP FKTM

Siapa JPKPKP FKTM

Kami menguruskan Risiko-risiko keselamatan dalam FKTM

Pengurusan risiko-risiko keselamatan yang terdiri daripada
  • qxio-android-checkmark-circleKeselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • qxio-android-checkmark-circleBahan kimia
  • qxio-android-checkmark-circleBuangan terjadual
  • qxio-android-checkmark-circleMekanikal
  • qxio-android-checkmark-circlePasukan tindak balas kecemasan

Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan (JPKPKP)

Fungsi JPKPKP FKTM

JPKPKP FKTM berfungsi seperti JKK di PTj yang lain dalam UniMAP untuk:

  1. Membantu dalam pembuatan kaedah keselamatan, kesihatan dan sistem kerja selamat.
  2. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
  3. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, serta membuat cadangan penambahbaikan.
  4. Menjalankan penyiasatan dalaman bagi kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
  5. Memeriksa tempat kerja secara berkala dan melaporkan dalam mesyuarat JKK.
  6. Membincangkan laporan kemalangan dan cadangan bagi pemulihan.
  7. Merekodkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan.

Terdapat beberapa jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu JPKPKP FKTM dalam melaksanakan fungsi-fungsinya seperti:

  1. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  2. Jawatankuasa pengurusan bahan kimia
  3. Jawatankuasa pengurusan buangan terjadual
  4. Jawatankuasa pengurusan pasukan tindak balas kecemasan
  5. Jawatankuasa pengurusan keselamatan mekanikal

Peranan setiap jawatankuasa kecil yang dibentuk adalah :-

A. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan

  • Membantu dalam pembuatan kaedah keselamatan dan kesihatan, serta sistem kerja selamat.
  • Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
  • Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan penambahbaikan.
  • Menjalankan penyiasatan dalaman bagi kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
  • Memeriksa tempat kerja secara berkala dan melaporkan dalam mesyuarat JKK.
  • Membincangkan laporan kemalangan dan cadangan bagi pemulihan.
  • Merekodkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan.
B. Jawatankuasa pengurusan bahan kimia
  • Membantu JPKPKP FKTM untuk menguruskan risiko-risiko yang berkaitan dengan penggunaan, penyimpanan dan pengurusan insiden yang berkaitan dengan bahan kimia di peringkat FKTM.
  • Membangunkan dan memelihara sistem pengurusan bahan kimia di peringkat FKTM.
  • Menyediakan pelan tindakan kecemasan yang berkaitan dengan bahan kimia di peringkat FKTM.
  • Membantu JPKPKP FKTM untuk menjalankan penyiasatan kemalangan dari aspek keselamatan kimia.
C. Jawatankuasa pengurusan buangan terjadual
  • Memastikan proses pengurusan dan pelupusan buangan terjadual makmal dan bengkel di FKTM dilaksanankan dengan teratur, cekap dan selamat berdasarkan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
D. Jawatankuasa pengurusan pasukan tindak balas kecemasan
  • Memastikan tatacara dan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi sebarang insiden kejadian kecemasan semasa berada di dalam kawasan/ premis FKTM.
  • Disebabkan FKTM terbahagi kepada tiga kawasan: FKTM A, FKTM B, dan FKTM C. FKTM B berada di zon C5 yang mana komander insiden yang terlantik adalah dari FKTE. Perwakilan pasukan tindak balas kecemasan dari FKTM akan diselia di bawah komander insiden yang terlantik adalah dari FKTE. FKTM C berada di zon B1 yang mana komander insiden yang terlantik adalah dari FKTK. Perwakilan pasukan tindak balas kecemasan dari FKTM akan diselia di bawah komander insiden yang terlantik adalah dari FKTK.
E. Jawatankuasa pengurusan keselamatan mekanikal
  • Memastikan semua jentera dalam FKTM seperti mesin tekanan, mesin angkat dan dandang telah lulus dalam pemeriksaan dan mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri selaras dengan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) 1970. Untuk makluman, buat sementara waktu FKTM belum memiliki sebarang dandang.

Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan (JPKPKP)

Peranan dan tanggungjawab ahli JPKPKP FKTM

Setiap ahli JPKPKP FKTM memainkan peranan yang penting dalam JPKPKP FKTM seperti:

Pengerusi
  1. Mempengerusikan mesyuarat JPKPKP FKTM.
  2. Memastikan pelaksanaan dan pematuhan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Universiti/FKTM dijalankan dengan berkesan.
  3. Membangungkan program dan perancangan bagi tujuan penambahbaikkan dalam pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  4. Memastikan semua staf dan pelajar mendapat latihan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  5. Melantik ahli JPKPKP yang bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  6. Memastikan fungsi jawatankuasa mematuhi kehendak peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
Timbalan pengerusi
  1. Mempengerusikan mesyuarat Jwatankuasa PKPKP FKTM semasa ketiadaan pengerusi.
  2. Membantu pengerusi untuk memastikan pelaksanaan dan pematuhan kepada pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja di FKTM dijalankan dengan berkesan.
  3. Membantu pengerusi untuk membangungkan program dan perancangan bagi tujuan penambahbaikan dalam pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerja.
  4. Membantu pengerusi untuk memastikan semua staf dan pelajar mendapat latihan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.
  5. Membantu pengerusi untuk melantik ahli JPKPKP yang bertanggungjawab menguruskan hal berkaiatan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.
  6. Membantu pengerusi untuk memastikan fungsi jawatankuasa mematuhi kehendak peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
Setiausaha
  1. Merangkap pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan peringkat FKTM.
  2. Menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan induk jika pengerusi/timbalan pengerusi tidak dapat hadir.
  3. Mempengerusikan mesyuarat JPKPKP jika Pengerusi tidak dapat hadir.
  4. Bertanggungjawab bagi koodinasi mesyuarat JPKPKP FKTM.
  5. Mengumpul dan menyelaraskan laporan keselamatan dan kesihatan pekerjaan peringkat Induk/ FKTM.
  6. Mencatat, menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat JPKPKP.
  7. Memastikan perjalanan mesyuarat JPKPKP berjalan dengan lancar.
  8. Menilai dan mengemaskini prestasi pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  9. Bertindak sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan FKTM.
  10. Merancang dan menguruskan objektif dan program bagi JPKPKP.
  11. Merancang dan menguruskan latihan kompetensi bagi JPKPKP.
Wakil majikan
  1. Menghadiri mesyuarat JPKPKP FKTM.
  2. Bekerjasama memastikan JPKPKP FKTM berfungsi secara berkesan.
  3. Memastikan pematuhan kepada peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
  4. Menghadiri kursus-kursus anjuran pengurusan keselamatan, persekitaran dan kesihatan pekerjaan di dalam dan luar FKTM.
  5. Menjalankan audit COSHE di FKTM.
  6. Melaksanakan pelan tindakan dan susulan di peringkat FKTM.
Wakil pekerja
  1. Menghadiri mesyuarat JPKPKP FKTM. 
  2. Bekerjasama memastikan JPKPKP FKTM berfungsi secara berkesan.
  3. Membawa dan membincangkan isu-isu JPKPKP berbangkit bagi pihak staf.
  4. Menghadiri kursus-kursus anjuran Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan di dalam dan luar FKTM.
  5. Menjalankan Audit COSHE di FKTM.
  6. Melaksanakan pelan tindakan dan susulan di peringkat FKTM.
Wakil pekerja FKTM ke mesyuarat induk
  1. Menghadiri mesyuarat JKK induk UniMAP. 
  2. Bekerjasama memastikan JKK induk UniMAP berfungsi secara berkesan.
  3. Membawa dan membincangkan isu-isu KKP berbangkit bagi pihak staf FKTM.
Penyelaras bahan kimia
  1. Menghadiri Mesyuarat JPKPKP FKTM untuk melaporkan hal berkaitan pengurusan bahan kimia.
  2. Bekerjasama memastikan pengurusan bahan kimia dan aspek keselamatan bahan kimia di peringkat FKTM berfungsi secara berkesan.
  3. Memastikan pematuhan kepada Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.
Pegawai Perolehan & Pendaftaran Bahan Kimia
  1. Menguruskan hal seperti merancang, membeli, menerima dan menyimpan bahan kimia di FKTM.
  2. Membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan keselamatan kimia di peringkat FKTM.
Pegawai Pengendalian Bahan Kimia
  1. Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard kimia yang berpotensi mendatangkan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan di FKTM (kawalan dalaman – Penilaian Risiko Bahan Kimia Berbahaya Terhadap Kesihatan Secara Kendiri : SeCHRA)
  2. Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan (Kimia) di peringkat FKTM.
  3. Menjalankan penyiasatan kemalangan aspek keselamatan kimia di peringkat FKTM.
  4. Memastikan semua sistem sokongan seperti LEV, Kebuk Wasap di FKTM sentiasa berfungsi dengan baik.
Penyelaras buangan terjadual
  1. Membuat tempahan peralatan simpanan buangan terjadual (sisa bahan kimia) daripada pihak COSHE setiap awal bulan bagi kegunaan bulan berikutnya dengan menggunakan e-borang. 
  2. Memastikan buangan terjadual (sisa bahan kimia) yang terhasil daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal FKTM akan disimpan di dalam bekas yang sesuai dan diletakkan di dalam stor FKTM yang bersesuaian (tidak melebihi 180 hari atau 20 tan metrik).
  3. Memastikan semua buangan terjadual (sisa bahan kimia) di FKTM hendaklah ditempatkan di dalam bekas yang bertutup dan berlabel untuk mudah diambil oleh pihak kontraktor.
  4. Mewakili FKTM untuk menghantar laporan inventori bulanan buangan terjadual (sisa bahan kimia) di FKTM ke pihak COSHE menggunakan e-borang.
  5. Menguruskan semua aktiviti pergerakan keluar buangan terjadual dari FKTM ke pusat pengumpulan sementara untuk kerja-kerja penghantaran, pemungutan dan pelabelan buangan terjadual.
Penyelaras mekanikal

    A. Perolehan dan Pendaftaran Baharu Mesin dan Jentera
  1. Membuat semakan terhadap jentera yang hendak dibuat perolehan sama ada termasuk dalam senarai mesin & jentera yang ditetapkan oleh pihak COSHE. 
  2. Memastikan kontraktor / pembekal melampirkan borang pengujian jentera (JKJ 127) semasa menghantar katalog spesifikasi mesin & jentera yang hendak dibuat perolehan.
  3. Memastikan ada pejanjian persefahaman (MoA)/ perjanjian kontrak bagi kategori PMA iaitu untuk lif atau dumbwaiter antara pihak Firma Yang Kompeten (FYK) dengan pihak universiti selewat-lewatnya dua bulan dari tarikh tamat Sijil Perakuan Kelayakan (CF).
  4. Mengemukan surat kepada Pejabat COSHE untuk permohonan nombor pendaftaran tempat kerja dan surat perwakilan permohonan melantik pembekal/kontraktor untuk kebenaran menggunakan akaun MyKKP UniMAP bagi tujuan pendaftaran baharu mesin dan jentera.
  5. Memastikan kontraktor / pembekal membuat pendaftaran jentera dengan pihak JKKP dan melampirkan bersama CF semasa proses penyerahan jentera.
    B. Pembaharuan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) Mesin dan Jentera
  1. Memaklumkan kepada Pejabat COSHE untuk memperbaharui CF selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat Sijil Perakuan Kelayakan (CF).
  2. Memastikan ada pejanjian persefahaman (MoA)/ perjanjian kontrak bagi kategori PMA untuk lif atau dumbwaiter.
  3. Melakukan penyenggaraan terhadap jentera dengan melantik kontraktor yang kompeten dan berdaftar dengan JKKP satu (1) bulan sebelum proses pembaharuan CF dan merekodkan penyelenggaraan tersebut.
  4. Menyimpan salinan CF tersebut dan membuat satu salinan untuk dipamerkan berhampiran Jentera. 
    C. Permohonan Penangguhan Pemeriksaan Ulangan Mesin dan Jentera
  1. Memaklumkan kepada Pejabat COSHE secara bertulis (surat rasmi) untuk permohonan penangguhan Pemeriksaan Ulangan Jentera selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum CF tamat.
  2. Memastikan permohonan penangguhan adalah bertepatan dengan tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam prosedur ini.
  3. Memastikan Jentera diselenggara dan dalam keadaan baik dan selamat untuk beroperasi.
  4. Memastikan semua dokumen sokongan yang diperlukan semasa melakukan permohonan penangguhan lengkap dan mudah dibaca.
    D. Perlupusan Mesin dan Jentera
  1. Memaklumkan kepada Pejabat COSHE secara bertulis (Surat Rasmi) dalam tempoh 30 hari sebelum pelupusan Jentera.
  2. Menguruskan proses perlupusan seterusnya melalui jawatan kuasa perlupusan aset harta modal kerajaan UniMAP.
Komander insiden (FKTM A)
  1. Bertanggungjawab terhadap keselamatan staf, pelajar, kontraktor dan pelawat serta persekitaran tempat kerja.
  2. Menggerakan organisasi apabila berlaku kecemasan.
  3. Mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan.
  4. Menerima laporan head count daripada ketua blok/ penolong pegawai insiden dan melaporkan kepada pihak Bomba.
  5. Memaklumkan kepada COSHE, JP, JKes dan agensi berkaitan (Bomba dan Hospital) semasa berlaku kecemasan.
  6. Mengarahkan penghuni memasuki semula bangunan setelah mendapat pandangan/ nasihat dari agensi berkaitan.
  7. Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan dan Laporan Keselamatan Kebakaran bagi bangunan/ zon terlibat.
  8. Menyediakan laporan bagi TTX dan latihan pengungsian bangunan serta memaklumkan penambahbaikan kepada pasukan ERT.
  9. Memaklumkan ketiadaan kepada penolong pegawai insiden sekiranya berlaku sebarang tindakan kecemasan.
  10. Mengekalkan hubungan dengan ketua pasukan tindak balas kecemasan FKTM B dan FKTM C untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTM B dan FKTM C dapat berfungsi secara berkesan.
  11. Melaporkan status peti pertolongan cemas, peralatan pencegahan kebakaran, papan tanda keselamatan dan laluan kecemasan di FKTM B dan FKTM C kepada JPKPKP FKTM sekiranya diperlukan.
Penolong pegawai insiden (FKTM A)
  1. Membantu merancang dan melaksanakan kursus atau latihan kesedaran kebakaran.
  2. Menyelaras prosedur dan info keselamatan kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan.
  3. Membantu menggerakan organisasi apabila berlaku kecemasan.
  4. Membantu mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan.
  5. Membantu menyediakan maklumat bagi Pelan Tindakan Kecemasan, Laporan Keselamatan Kebakaran, laporan TTX dan latihan pengungsian bangunan.
  6. Menyediakan kawalan komunikasi bagi merekodkan data-data yang diperlukan.
  7. Menjalankan peranan sebagai komander insiden sekiranya ketiadaan komander insiden semasa berlaku kecemasan.
Ketua pasukan bantu mula (FKTM A)
  1. Mengetuai pasukan bantu mula dan bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
  2. Memastikan pasukan bantu mula dapat memberikan rawatan/ pertolongan awal kepada mereka yang cedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak perubatan di FKTM A.
  3. Memastikan pasukan bantu mula dapat membantu pihak pakar perubatan dalam bentuk kelengkapan kecemasan dan maklumat kecederaan mangsa di FKTM A.
  4. Memastikan pasukan bantu mula dapat membantu penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan di FKTM A ke tempat berkumpul.
  5. Melaporkan kepada komander insiden FKTM A akan keadaan mangsa/ tempat kejadian.
  6. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan bantu mula.
  7. Memastikan ubatan dan kelengkapan dalam peti pertolongan cemas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan bersedia.
Ahli pasukan bantu mula (FKTM A)
  1. Bekerjasama dengan ketua pasukan bantu mula FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
  2. Memberikan rawatan/ pertolongan awal kepada mereka yang cedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak perubatan di FKTM A.
  3. Membantu pihak pakar perubatan dalam bentuk kelengkapan kecemasan dan maklumat kecederaan mangsa di FKTM A.
  4. Membantu penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan di FKTM A ke tempat berkumpul.
  5. Melaporkan kepada ketua pasukan bantu mula FKTM A akan keadaan mangsa/ tempat kejadian.
  6. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan bantu mula.
  7. Membantu ketua pasukan bantu mula FKTM A untuk memastikan ubatan dan kelengkapan dalam peti pertolongan cemas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan bersedia.
Ketua pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A)
  1. Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat dan bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
  2. Membantu komander insiden FKTM A untuk mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan di FKTM A.
  3. Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memadamkan kebakaran sekiranya kecil dan tidak merbahaya menggunakan peralatan melawan kebakaran sedia ada di FKTM A.
  4. Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk membantu menyelamatkan penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan ke tempat berkumpul di FKTM A.
  5. Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memastikan tiada penghuni yang terperangkap di dalam lif semasa kejadian kecemasan di FKTM A.
  6. Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk membantu agensi luar yang berkaitan dalam mengendalikan situasi kecemasan di FKTM A.
  7. Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk menjalankan proses sanitasi di FKTM A.
  8. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
  9. Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memastikan semua peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa di FKTM A.
  10. Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi di FKTM A.
  11. Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM A.
Ahli pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A)
  1. Bekerjasama dengan ketua pasukan pemadam & penyelamat FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
  2. Membantu ketua pasukan pemadam & penyelamat FKTM A untuk mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan di FKTM A.
  3. Memadamkan kebakaran sekiranya kecil dan tidak merbahaya menggunakan peralatan melawan kebakaran sedia ada di FKTM A.
  4. Membantu menyelamatkan penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan ke tempat berkumpul di FKTM A.
  5. Memastikan tiada penghuni yang terperangkap di dalam lif semasa kejadian kecemasan di FKTM A.
  6. Membantu agensi luar yang berkaitan dalam mengendalikan situasi kecemasan di FKTM A.
  7. Menjalankan proses sanitasi di FKTM A.
  8. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
  9. Memastikan semua peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa di FKTM A.
  10. Memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi di FKTM A.
  11. Memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM A.
Ketua pasukan kawalan trafik (FKTM A)
  1. Mengetuai pasukan kawalan trafik dan bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
  2. Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk memaklumkan dan membuat panggilan kecemasan kepada komander insiden FKTM A, Jabatan Keselamatan dan Pusat Kesihatan Universiti sekiranya berlaku kecemasan di FKTM A.
  3. Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk mengawal pergerakan lalu lintas staf, pelajar, kontraktor dan pelawat ke tempat berkumpul dengan selamat di FKTM A.
  4. Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk menutup laluan dan menghalang kenderaan keluar masuk semasa berlaku kecemasan di FKTM A.
  5. Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk memastikan laluan bebas dari halangan yang boleh menghalang akses kenderaan agensi berkaitan masuk ke lokasi kecemasan di FKTM A.
  6. Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk memandu arah pasukan ERT dan agensi luar untuk ke lokasi kecemasan di FKTM A.
  7. Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk mengawal keadaan sekitar lokasi kecemasan dan bangunan sebelum keadaan diisytiharkan selamat di FKTM A.
  8. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
Ahli pasukan kawalan trafik (FKTM A)
  1. Bekerjasama dengan ketua pasukan kawalan trafik FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
  2. Memaklumkan dan membuat panggilan kecemasan kepada komander insiden FKTM A, Jabatan Keselamatan dan Pusat Kesihatan Universiti sekiranya berlaku kecemasan di FKTM A.
  3. Mengawal pergerakan lalu lintas staf, pelajar, kontraktor dan pelawat ke tempat berkumpul dengan selamat di FKTM A.
  4. Menutup laluan dan menghalang kenderaan keluar masuk semasa berlaku kecemasan di FKTM A.
  5. Memastikan laluan bebas dari halangan yang boleh menghalang akses kenderaan agensi berkaitan masuk ke lokasi kecemasan di FKTM A.
  6. Memandu arah pasukan ERT dan agensi luar untuk ke lokasi kecemasan di FKTM A.
  7. Mengawal keadaan sekitar lokasi kecemasan dan bangunan sebelum keadaan diisytiharkan selamat di FKTM A.
  8. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
Ketua blok (FKTM A)
  1. Bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
  2. Mengetuai blok FKTM A dan membuat penilaian hazad/ risiko yang terdapat di kawasan blok di FKTM A.
  3. Mengetuai blok FKTM A dan menyelaras senarai nama dan status kesihatan penghuni di blok di FKTM A.
  4. Mengetuai blok FKTM A dan mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT di FKTM A setiap kali berlaku perubahan.
  5. Melaporkan kepada penolong pegawai insiden FKTM A/ komander insiden FKTM A mengenai kejadian kecemasan di FKTM A.
  6. Mengaktifkan penggera kebakaran di FKTM A. Ketua blok perlu membunyikan wisel sekiranya tiada sistem penggera kebakaran bagi memberikan amaran tentang kejadian berbahaya bagi premis UniMAP di bangunan rumah kedai.
  7. Mengetuai blok FKTM A dan memberi arahan pengungsian bangunan kepada semua ketua aras di blok terlibat di FKTM A.
  8. Mengetuai blok FKTM A dan membantu melakukan kawalan parameter dan trafik di blok di FKTM A.
  9. Mengetuai blok FKTM A dan menunggu di tempat berkumpul untuk penyusunan barisan mengikut aras di FKTM A.
  10. Mengetuai blok FKTM A dan memeriksa kehadiran penghuni di tempat berkumpul dengan melaksanakan head count dan memberi laporan lengkap kepada penolong pegawai insiden/ komander insiden di FKTM A.
  11. Mengetuai blok FKTM A dan menerima arahan “stand down” daripada komander insiden FKTM A.
  12. Bersurai setelah mendapat arahan daripada komander insiden FKTM A.
  13. Mengetuai blok FKTM A dan menyemak semula dan mengemaskini hazad, risiko, maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan selepas berlaku kecemasan di FKTM A.
  14. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
  15. Mengetuai blok FKTM A dan memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM A.
Ketua aras (FKTM A)
  1. Bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
  2. Mengetuai aras di FKTM A untuk mengenalpasti hazad/ risiko yang terdapat di aras blok di FKTM A.
  3. Mengetuai aras di FKTM A untuk mengemaskini senarai nama dan status kesihatan penghuni di aras blok di FKTM A.
  4. Mengetuai aras di FKTM A untuk memeriksa dan mengesahkan kejadian serta melaporkan situasi kepada ketua blok FKTM A.
  5. Mengetuai aras di FKTM A untuk melaksanakan pengungsian bangunan setelah menerima pengumuman untuk mengarahkan penghuni keluar berhimpun ke tempat berkumpul di FKTM A.
  6. Mengetuai aras di FKTM A untuk memeriksa setiap bilik termasuk tandas, pantri supaya tiada penghuni yang cedera atau terperangkap di FKTM A.
  7. Mengetuai aras di FKTM A untuk menutup pintu keluar dan pintu rintangan api sebelum meninggalkan aras.
  8. Mengetuai penghuni aras ke tempat berkumpul yang ditetapkan mengikut blok masing-masing di FKTM A.
  9. Menerima arahan “stand down” daripada komander insiden FKTM A.
  10. Bersurai setelah mendapat arahan lokasi kejadian selamat daripada komander insiden FKTM A.
  11. Mengetuai aras di FKTM A untuk menyemak semula dan mengemaskini hazad, risiko, maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan selepas berlaku kecemasan di FKTM A.
  12. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
  13. Mengetuai aras FKTM A dan memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM A.
Ketua pasukan tindak balas kecemasan (FKTM B & FKTM C)
  1. Mengekalkan hubungan dan melaporkan kepada komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTM B dan FKTM C masing-masing dapat berfungsi secara berkesan.
  2. Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B dan FKTM C masing-masing untuk bekerjasama dengan komander insiden FKTE 1 (FKTM B) atau  komander insiden UniCITI FKTK (FKTM C) untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTE 1 atau pasukan tindak balas kecemasan UniCITI FKTK berfungsi secara berkesan.
  3. Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C untuk memastikan ubatan dan kelengkapan dalam peti pertolongan cemas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan bersedia di FKTM B atau FKTM C.
  4. Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C untuk memastikan semua peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa di FKTM B atau FKTM C. 
  5. Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C untuk memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi di FKTM B atau FKTM C.
  6. Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C untuk memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM B atau FKTM C.
  7. Melaporkan status peti pertolongan cemas, peralatan pencegahan kebakaran, papan tanda keselamatan dan laluan kecemasan di FKTM B atau FKTM C kepada komander insiden FKTM A sekiranya diperlukan.
  8. Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C di bawah seliaan komander insiden FKTE 1 atau komander insiden UniCITI dan membuat penilaian hazad/ risiko yang terdapat di FKTM B atau FKTM C.
  9. Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C di bawah seliaan komander insiden FKTE 1 atau komander insiden UniCITI dan menyelaras senarai nama dan status kesihatan penghuni di FKTM B atau FKTM C.
  10. Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C di bawah seliaan komander insiden FKTE 1 atau komander insiden UniCITI dan mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT di FKTM B atau FKTM C setiap kali berlaku perubahan.
  11. Melaporkan kepada penolong pegawai insiden / komander insiden dan komander insiden FKTM A mengenai kejadian kecemasan di FKTM B atau FKTM C.
  12. Mengetuai aras di FKTM B atau FKTM C untuk menyemak semula dan mengemaskini hazad, risiko, maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan selepas berlaku kecemasan di FKTM B atau FKTM C.
  13. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
Ahli pasukan tindak balas kecemasan (FKTM B & FKTM C)
  1. Mengekalkan hubungan dan melaporkan kepada ketua pasukan tindak balas kecemasan FKTM B atau FKTM C untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTM B atau FKTM C dapat berfungsi secara berkesan.
  2. Bekerjasama dengan komander insiden FKTE 1 atau komander insiden UniCITI untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTE 1 atau pasukan tindak balas kecemasan UniCITI berfungsi secara berkesan.
  3. Memastikan ubatan dan kelengkapan dalam peti pertolongan cemas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan bersedia di FKTM B atau FKTM C.
  4. Memastikan semua peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa di FKTM B atau FKTM C.
  5. Memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi di FKTM B atau FKTM C.
  6. Memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM B atau FKTM C.
  7. Melaporkan status peti pertolongan cemas, peralatan pencegahan kebakaran, papan tanda keselamatan dan laluan kecemasan di FKTM B atau FKTM C kepada ketua pasukan tindak balas kecemasan FKTM B atau FKTM C sekiranya diperlukan.
  8. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.