Selamat datang ke

zon B1

Kampus Pauh Putra, UniMAP

Laman web ini adalah direka untuk mempunyai pandangan yang paling baik melalui akses di telefon bimbit.

Keselamatan anda adalah

KEUTAMAAN

pihak kami

For the English language version, please click here.
Mohon untuk lengkapkan proses-proses berikut agar membantu pihak kami mengurangkan risiko keselamatan terutamanya sekiranya berlakunya kejadian kecemasan.

  1. Pendaftaran maklumat pelawat. Mohon jasa baik tuan/puan untuk melengkapkan borang pendaftaran pelawat atas lawatan anda ke FKTM C di zon B1 hari ini. Sila klik di sini.
  2. Kenali komander insiden yang terlantik di zon B1. Sekiranya anda merupakan pihak yang pertama mengesan berlakunya kejadian kecemasan seperti kebakaran atau kemalangan di zon B1, mohon jasa baik anda untuk melaporkan kepada komander insiden di zon B1 iaitu Dr Nik Azhar (011-65152468) dari Fakulti Kejurutera dan Teknologi Kimia (FKTK). 
  3. Sekiranya anda gagal menghubungi komander insiden di zon B1, anda juga boleh menghubungi pengurus jawatankuasa pengurusan keselamatan, persekitaran, dan kesihatan pekerjaan (JPKPKP), FKTM iaitu Ts. Dr. Tan Wee Choon (012-5515918). Sekiranya anda ingin kenali jawatankuasa pengurusan keselamatan, persekitaran, dan kesihatan pekerjaan (JPKPKP), FKTM yang terlantik, boleh klik di sini.
  4. Apabila berada dalam bangunan, sentiasa peka terhadap lokasi pintu terdekat dengan anda dan laluan kecemasan untuk bilik atau makmal yang anda berada.
  5. Fahamkan peraturan sekiranya anda melawat makmal, bengkel atau kawasan yang berisiko. Sila memakai alat pelindung diri (PPE) sekiranya diminta oleh pihak yang terlibat. 
  6. Sekiranya anda terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi atau diarahkan untuk melakukan pengungsian bangunan, anda MESTI SERTA-MERTA meninggalkan tempat kerja atau di mana saja anda berada untuk KELUAR DARI BANGUNAN. Berikut adalah prosedur pengungsian bangunan di FKTM C di zon B1:-
  1. Hentikan kerja.
  2. Berhentikan semua mesin (sekiranya terlibat dengan urusan mesin).
  3. Tutup injap gas dan peralatan elektrik (sekiranya terlibat).
  4. Tutupkan semua pintu.
  5. Keluar melalui laluan yang selamat dan terdekat.
  6. JANGAN gunakan lif.
  7. JANGAN berlari dan tolak-menolak antara satu sama lain.
  8. JANGAN sengaja buat bising.
  9. JANGAN cemas.
  10. JANGAN masuk semula ke dalam bangunan.
  11. Bekerjasama dan ikut arahan pegawai insiden.
  12. Berkumpul di tempat berkumpul yang telah ditetapkan.

Berkaitan

Lokasi Berkumpul

semasa kejadian kecemasan

Lokasi tempat berkumpul sekiranya berlakunya kejadian kecemasan di FKTM B di zon B1, Kampus UniCITI, UniMAP adalah tempat parkir. Mohon untuk rujuk peta zon B1 di bawah untuk lokasi tempat berkumpul (yang ditandakan dengan titik merah). Mohon untuk klik di sini sekiranya lokasi tempat berkumpul gagal dipaparkan di bawah.
Laluan kecemasan di zon B1 adalah diberikan seperti yang di bawah. Mohon untuk klik di sini sekiranya pelan laluan kecemasan tidak berjaya dipaparkan di bawah.
Sekiranya anda tidak pasti di mana anda berada, anda boleh klik di sini untuk mambantu anda sampai ke tempat berkumpul di FKTM C di zon B1. Sila pastikan anda berhala ke tangga yang terdekat untuk turun ke aras bawah. Mohon pastikan laluan anda adalah bebas daripada ancaman bahaya. Laluan yang dicadangkan dalam Google Maps berkemungkinan besar adalah berbeza dengan laluan kecemasan yang dicadangkan, ia hanya boleh digunapakai sekiranya anda gagal menjumpai laluan kecemasan yang disediakan dan ada telah memastikan laluan yang dicadangkan oleh Google Mpas adalah bebas daripada ancaman berbahaya.

Berkaitan

Penambahbaikan

Pengurusan Keselamatan

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan penambahbaikan ke atas pengurusan risiko keselamatan di FKTM C di zon B1, anda boleh menghubungi pengurus jawatankuasa pengurusan keselamatan, persekitaran, dan kesihatan pekerjaan (JPKPKP), FKTM di emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Maklumat lanjut berkaitan dengan JPKPKP, FKTM boleh didapati dalam laman web https://jkkp-fktm.unimap.edu.my/