Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan (JPKPKP)

Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal (FKTM)

Sekiranya carta JPKPKP FKTM tidak terpapar di atas yang disebabkan oleh masalah teknikal, mohon untuk klik pada icon sebelah untuk paparan carta JPKPKP FKTM. Terima kasih.
qxio-ios-monitor

WAKTU OPERASI MAKMAL & BENGKEL FKTM

  1. Waktu operasi untuk makmal-makmal dan bengkel-bengkel adalah seperti berikut:
    • 8:00 pagi hingga 1:00 tengahari dan 2:00 petang hingga 5:00 petang pada hari bekerja biasa (kecuali Jumaat).
    • 8:00 pagi hingga 12:15 tengahari dan 2:45 petang hingga 5:00 petang pada hari 
  1. Jika anda perlu menggunakan makmal selepas waktu bekerja atau hujung minggu, KEBENARAN diperolehi dari DEKAN dengan melengkapkan Borang Kebenaran Penggunaan Makmal (Borang Kebenaran Penggunaan Makmal) TIGA (3) hari sebelum yang tarikh diperlukan.

PERATURAN MAKMAL & BENGKEL FKTM

Bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di FKTM akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat, staf, pelajar, kontraktor dan pelawat perlu:-

  1. Mengikuti segala arahan keselamatan semasa berada di FKTM dan peka serta prihatin pada keselamatan persekitaran sekeliling tempat kerja.
  1. KESELAMATAN ADALAH Sila pastikan bahawa anda telah membaca, memahami dan mematuhi segala peraturan dalam makmal.
  1. Makmal-makmal dan bilik-bilik persediaan dianggap sebagai DILARANG KAWASAN untuk pelajar. Pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk masuk ke dalam makmal dan bilik-bilik persediaan tanpa meminta sebarang kebenaran daripada kakitangan makmal.
  1. Hanya alat tulis, manual amali dan buku rujukan boleh digunakan dalam makmal. Buku- buku yang tidak berkaitan, beg dan barangan sama perlu diletakkan di tempat penyimpanan yang ditetapkan.
  1. Semua pelajar perlu memakai pakaian yang betul dan Pemakaian JAKET makmal adalah WAJIB.
  1. Bagi yang berambut panjang, perlu diikat ke belakang dan tudung kepala perlu terletak di dalam jaket makmal anda. Pakaian longgar, barang kemas dan kasut yang diperbuat daripada bahan tenunan tidak digalakkan.
  1. Kasut yang bertutup di hujung adalah WAJIB. Pelajar TIDAK DIBENARKAN memakai kasut terbuka atau sandal atau kasut bertumit tinggi atau tidak bertutup di makmal.
  1. Pelajar tidak dibenarkan untuk melakukan eksperimen tanpa pengawasan. Ujikaji, kerja- kerja makmal dan persediaan yang tanpa kebenaran adalah TIDAK Baca, fahami dan patuh prosedur yang ditetapkan bagi setiap eksperimen.
  1. DILARANG menjalankan eksperimen tanpa pengawasan.
  1. Memastikan semua peralatan dan bahan-bahan disimpan di tempat yang betul serta kawasan tempat kerja anda sentiasa kemas dan bersih.
  1. Menggunakan perkakas dan peralatan yang betul dan selamat ketika bekerja.
  1. Mendapatkan kebenaran penggunaan, baikpulih dan penyelenggaraan peralatan untuk sebelum penggunaannya.
  1. Pelajar harus sedar lokasi dan penggunaan yang betul semua peralatan keselamatan termasuk:
    • Tel Kecemasan
    • Kit Pertolongan Cemas
    • Pemadam api dan penggera kebakaran
    • Pancuran keselamatan
  1. Sentiasa baca dan fahami prosedur keselamatan bagi bahan-bahan dan peralatan yang berbeza. Sila rujuk Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS), manual makmal, pensyarah, atau staf teknikal untuk maklumat lanjut.
  1. Menggunakan peralatan perlindungan diri yang telah diluluskan dan pastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
  1. Menggelakkan diri daripada bergurau atau mengganggu orang lain semasa membuat amali/bekerja.
  1. Menggunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang dan dapatkan bantuan sekiranya perlu.
  1. Mengetahui di dalam kawasan FKTM-UniMAP adalah kawasan larangan merokok dan melakukan pembakaran terbuka.
  1. Mematuhi semua arahan, garis panduan, tanda amaran, peraturan dan undang-undang FKTM.
  1. Merujuk kepada PTj yang berkenaan bagi mendapatkan arahan, garis panduan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  1. Mengenalpasti pintu keluar dan laluan kecemasan bagi bangunan di mana anda berada.
  1. Melaporkan dengan segera apa-apa tindakan dan keadaaan tidak selamat yang mana boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia dan kerosakan kepada harta benda.
  1. Elakkan memandang tepat pada sumber cahaya dan melihat secara langsung pada sumber cahaya boleh menyebabkan kerosakan mata.
  1. Label semua sampel atau bekas dengan jelas untuk mengelakkan kesilapan.
  1. Jangan keluarkan bahan kimia dari makmal atau stor tanpa kebenaran.
  1. Melaporkan dengan segera dan mendapatkan bantuan, sekiranya anda atau peralatan yang anda kendalikan terlibat dalam kemalangan.
  1. Jangan sekali-kali menjalankan kerja makmal yang menggunakan elektrik berhampiran dengan sumber air. Pastikan lantai dan semua permukaan kerja adalah kering.
  1. Jangan gunakan bateri, alat-alat elektrik, magnet dan lain-lain kecuali yang disediakan bagi kegunaan pengajaran.
  1. Sebelum meninggalkan makmal, sila pastikan bahawa:
    • Semua sumber gas, elektrik dan air telah ditutup.
    • Semua peralatan dikemas dan disusun secara teratur
    • Semua bahan kimia dan botol reagen disimpan
    • Semua kawasan kerja dibersihkan dan kerusi disimpan
  1. Semua peralatan atau radas dalam makmal dan bilik persediaan milik FKTM. Pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk membawa mana-mana peralatan atau radas keluar dari makmal tanpa kebenaran.
  1. Maklum kepada pensyarah atau kakitangan makmal segera jika berlaku kecederaan, tumpahan, kebakaran atau letupan.
  1. Dalam kes kecemasan/kebakaran, ikut arahan pensyarah atau staf teknikal berada di tempat kejadian.
  1. Memaklumkan dengan meminta kebenaran sebelum memulakan tugas dan meminta kebenaran pulang selepas menamatkan tugas yang berkaitan dengan penggunaan mesin.
  1. Sentiasa memastikan makmal dan bengkel berada dalam keadaan yang bersih dan teratur, dan segala kelengkapan seperti mesin berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat.
  1. Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan arahan tenaga pengajar ketika melakukan kerja-kerja di dalam makmal dan bengkel.
  1. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
  1. Dilarang mengubah atau membuat sebarang installasi perisian tanpa pengetahuan Staf Teknikal.
  1. Pengguna dilarang melayari internet yang tidak bermoral atau menyentuh sensitiviti masyarakat, kaum dan negara.
  1. Semua hasil kerja hendaklah disimpan di dalam storan pengguna sendiri seperti “Google Drive”.
  1. Dilarang mengalih atau memindahkan sebarang peralatan atau perkakasan komputer tanpa kebenaran.
  1. Semua suis peralatan yang digunakan perlu ditutup sebelum keluar dari makmal komputer.
  1. Susun semula kerusi dengan kemas dan pastikan tiada sampah yang ditinggalkan sebelum keluar dari makmal komputer.
  1. Laporkan setiap masalah kerosakan atau kehilangan terhadap semua peralatan perkakasan dan perisian kepada Staf Teknikal makmal.
  1. Menyimpan dan meninggalkan peralatan yang telah digunakan dengan keadaan selamat di tempat yang disediakan.
  1. Meninggalkan makmal/ bengkel dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang telah dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan.

Atas perintah dekan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM)


Versi 1.0 

Tarikh : 27 November 2023

qxif-file-pdf
Peraturan Makmal & Bengkel FKTM versi 1.0

Hubungi kami

JPKPKP FKTM

  • Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Jawatankuasa Pengurusan Bahan Kimia
  • Jawatankuasa Pengurusan Buangan Terjadual
  • Jawatankuasa Pengurusan Mekanikal
  • Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Tindak Balas Kecemasan