Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (JPERT)
Fungsi JPERT dalam JPKPKP FKTM
JPERT dalam JPKPKP FKTM berfungsi untuk memastikan tatacara dan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi sebarang insiden kejadian kecemasan semasa berada di dalam kawasan/ premis FKTM.
Disebabkan FKTM terbahagi kepada tiga kawasan: FKTM A, FKTM B, dan FKTM C. Merujuk kepada gambarajah di bawah, FKTM A berada di zon C4 yang mana komander insiden yang terlantik adalah dari FKTM dan disertai oleh perwakilan dari pasukan tindak balas kecemasan dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik (FKTEN) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
FKTM B berada di zon C5 yang mana komander insiden yang terlantik adalah dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE). Perwakilan pasukan tindak balas kecemasan dari FKTM akan diselia di bawah komander insiden yang terlantik adalah dari FKTE.
FKTM C berada di zon B1 yang mana komander insiden yang terlantik adalah dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia (FKTK). Perwakilan pasukan tindak balas kecemasan dari FKTM akan diselia di bawah komander insiden yang terlantik adalah dari FKTK.
Kebelakangan ini, pihak pengurusan tertinggi universiti telah bersetuju dengan cadangan dari pihak pengurusan FKTM untuk memindahkan semua peralatan dan mesin dari FKTM C ke FKTM A dan FKTM B.
Disebabkan FKTM terbahagi kepada tiga kawasan: FKTM A, FKTM B, dan FKTM C. Merujuk kepada gambarajah di bawah, FKTM A berada di zon C4 yang mana komander insiden yang terlantik adalah dari FKTM dan disertai oleh perwakilan dari pasukan tindak balas kecemasan dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik (FKTEN) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
FKTM B berada di zon C5 yang mana komander insiden yang terlantik adalah dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE). Perwakilan pasukan tindak balas kecemasan dari FKTM akan diselia di bawah komander insiden yang terlantik adalah dari FKTE.
FKTM C berada di zon B1 yang mana komander insiden yang terlantik adalah dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia (FKTK). Perwakilan pasukan tindak balas kecemasan dari FKTM akan diselia di bawah komander insiden yang terlantik adalah dari FKTK.
Kebelakangan ini, pihak pengurusan tertinggi universiti telah bersetuju dengan cadangan dari pihak pengurusan FKTM untuk memindahkan semua peralatan dan mesin dari FKTM C ke FKTM A dan FKTM B.
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan (JPKPKP)
Zon C4 Kampus Pauh Putra
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan (JPKPKP)
Zon C5 Kampus Pauh Putra
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan (JPKPKP)
Zon B1 Kampus UniCITI
Dalam proses kemaskini. Akan disediakan selepas siap kemaskini.
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan (JPKPKP)
Peranan dan tanggungjawab ahli JPKPKP FKTM
Setiap ahli JPERT dalam JPKPKP FKTM memainkan peranan yang penting seperti:
Komander insiden (FKTM A)
Penolong pegawai insiden (FKTM A)
Ketua pasukan bantu mula (FKTM A)
Penolong pasukan bantu mula (FKTM A)
Ahli pasukan bantu mula (FKTM A)
Ketua pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A)
Penolong pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A)
Ahli pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A)
Ketua pasukan kawalan trafik (FKTM A)
Penolong pasukan kawalan trafik (FKTM A)
Ahli pasukan kawalan trafik (FKTM A)
Ketua blok (FKTM A)
Penolong ketua blok (FKTM A)
Ketua aras (FKTM A)
Ketua pasukan tindak balas kecemasan (FKTM B & FKTM C)
Ahli pasukan tindak balas kecemasan (FKTM B & FKTM C)
Komander insiden (FKTM A)
- Bertanggungjawab terhadap keselamatan staf, pelajar, kontraktor dan pelawat serta persekitaran tempat kerja.
- Menggerakan organisasi apabila berlaku kecemasan.
- Mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan.
- Menerima laporan head count daripada ketua blok/ penolong pegawai insiden dan melaporkan kepada pihak Bomba.
- Memaklumkan kepada COSHE, JP, JKes dan agensi berkaitan (Bomba dan Hospital) semasa berlaku kecemasan.
- Mengarahkan penghuni memasuki semula bangunan setelah mendapat pandangan/ nasihat dari agensi berkaitan.
- Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan dan Laporan Keselamatan Kebakaran bagi bangunan/ zon terlibat.
- Menyediakan laporan bagi TTX dan latihan pengungsian bangunan serta memaklumkan penambahbaikan kepada pasukan ERT.
- Memaklumkan ketiadaan kepada penolong pegawai insiden sekiranya berlaku sebarang tindakan kecemasan.
- Mengekalkan hubungan dengan ketua pasukan tindak balas kecemasan FKTM B dan FKTM C untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTM B dan FKTM C dapat berfungsi secara berkesan.
- Melaporkan status peti pertolongan cemas, peralatan pencegahan kebakaran, papan tanda keselamatan dan laluan kecemasan di FKTM B dan FKTM C kepada JPKPKP FKTM sekiranya diperlukan.
Penolong pegawai insiden (FKTM A)
- Membantu merancang dan melaksanakan kursus atau latihan kesedaran kebakaran.
- Menyelaras prosedur dan info keselamatan kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan.
- Membantu menggerakan organisasi apabila berlaku kecemasan.
- Membantu mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan.
- Membantu menyediakan maklumat bagi Pelan Tindakan Kecemasan, Laporan Keselamatan Kebakaran, laporan TTX dan latihan pengungsian bangunan.
- Menyediakan kawalan komunikasi bagi merekodkan data-data yang diperlukan.
- Menjalankan peranan sebagai komander insiden sekiranya ketiadaan komander insiden semasa berlaku kecemasan.
Ketua pasukan bantu mula (FKTM A)
- Mengetuai pasukan bantu mula dan bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
- Memastikan pasukan bantu mula dapat memberikan rawatan/ pertolongan awal kepada mereka yang cedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak perubatan di FKTM A.
- Memastikan pasukan bantu mula dapat membantu pihak pakar perubatan dalam bentuk kelengkapan kecemasan dan maklumat kecederaan mangsa di FKTM A.
- Memastikan pasukan bantu mula dapat membantu penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan di FKTM A ke tempat berkumpul.
- Melaporkan kepada komander insiden FKTM A akan keadaan mangsa/ tempat kejadian.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan bantu mula.
- Memastikan ubatan dan kelengkapan dalam peti pertolongan cemas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan bersedia.
- Memaklumkan ketiadaan kepada penolong pasukan bantu mula (FKTM A) agar penolong pasukan boleh ambil alih sekiranya berlaku sebarang tindakan kecemasan.
Penolong pasukan bantu mula (FKTM A)
- Bersedia untuk mengambil alih peranan ketua pasukan bantu mula selepas makluman ketiadaan dari ketua pasukan bantu mula (FKTM A).
- Memaklumkan kepada komander insiden (FKTM A) sekiranya berlakunya ketiadaan semasa ketiadaan ketua pasukan bantu mula.
Ahli pasukan bantu mula (FKTM A)
- Bekerjasama dengan ketua pasukan bantu mula FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
- Memberikan rawatan/ pertolongan awal kepada mereka yang cedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak perubatan di FKTM A.
- Membantu pihak pakar perubatan dalam bentuk kelengkapan kecemasan dan maklumat kecederaan mangsa di FKTM A.
- Membantu penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan di FKTM A ke tempat berkumpul.
- Melaporkan kepada ketua pasukan bantu mula FKTM A akan keadaan mangsa/ tempat kejadian.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan bantu mula.
- Membantu ketua pasukan bantu mula FKTM A untuk memastikan ubatan dan kelengkapan dalam peti pertolongan cemas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan bersedia.
Ketua pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A)
- Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat dan bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
- Membantu komander insiden FKTM A untuk mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan di FKTM A.
- Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memadamkan kebakaran sekiranya kecil dan tidak merbahaya menggunakan peralatan melawan kebakaran sedia ada di FKTM A.
- Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk membantu menyelamatkan penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan ke tempat berkumpul di FKTM A.
- Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memastikan tiada penghuni yang terperangkap di dalam lif semasa kejadian kecemasan di FKTM A.
- Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk membantu agensi luar yang berkaitan dalam mengendalikan situasi kecemasan di FKTM A.
- Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk menjalankan proses sanitasi di FKTM A.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
- Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memastikan semua peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa di FKTM A.
- Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi di FKTM A.
- Mengetuai pasukan pemadam & penyelamat untuk memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM A.
- Memaklumkan ketiadaan kepada penolong pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A) agar penolong pasukan boleh ambil alih sekiranya berlaku sebarang tindakan kecemasan.
Penolong pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A)
- Bersedia untuk mengambil alih peranan ketua pasukan pemadam & penyelamat selepas makluman ketiadaan dari ketua pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A).
- Memaklumkan kepada komander insiden (FKTM A) sekiranya berlakunya ketiadaan semasa ketiadaan ketua pasukan pemadam & penyelamat.
Ahli pasukan pemadam & penyelamat (FKTM A)
- Bekerjasama dengan ketua pasukan pemadam & penyelamat FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
- Membantu ketua pasukan pemadam & penyelamat FKTM A untuk mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan di FKTM A.
- Memadamkan kebakaran sekiranya kecil dan tidak merbahaya menggunakan peralatan melawan kebakaran sedia ada di FKTM A.
- Membantu menyelamatkan penghuni yang cedera, sakit dan kurang upaya untuk keluar dari bangunan ke tempat berkumpul di FKTM A.
- Memastikan tiada penghuni yang terperangkap di dalam lif semasa kejadian kecemasan di FKTM A.
- Membantu agensi luar yang berkaitan dalam mengendalikan situasi kecemasan di FKTM A.
- Menjalankan proses sanitasi di FKTM A.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
- Memastikan semua peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa di FKTM A.
- Memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi di FKTM A.
- Memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM A.
Ketua pasukan kawalan trafik (FKTM A)
- Mengetuai pasukan kawalan trafik dan bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
- Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk memaklumkan dan membuat panggilan kecemasan kepada komander insiden FKTM A, Jabatan Keselamatan dan Pusat Kesihatan Universiti sekiranya berlaku kecemasan di FKTM A.
- Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk mengawal pergerakan lalu lintas staf, pelajar, kontraktor dan pelawat ke tempat berkumpul dengan selamat di FKTM A.
- Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk menutup laluan dan menghalang kenderaan keluar masuk semasa berlaku kecemasan di FKTM A.
- Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk memastikan laluan bebas dari halangan yang boleh menghalang akses kenderaan agensi berkaitan masuk ke lokasi kecemasan di FKTM A.
- Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk memandu arah pasukan ERT dan agensi luar untuk ke lokasi kecemasan di FKTM A.
- Mengetuai pasukan kawalan trafik untuk mengawal keadaan sekitar lokasi kecemasan dan bangunan sebelum keadaan diisytiharkan selamat di FKTM A.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
- Memaklumkan ketiadaan kepada penolong pasukan kawalan trafik (FKTM A) agar penolong pasukan boleh ambil alih sekiranya berlaku sebarang tindakan kecemasan.
Penolong pasukan kawalan trafik (FKTM A)
- Bersedia untuk mengambil alih peranan ketua pasukan kawalan trafik selepas makluman ketiadaan dari ketua pasukan kawalan trafik (FKTM A).
- Memaklumkan kepada komander insiden (FKTM A) sekiranya berlakunya ketiadaan semasa ketiadaan ketua pasukan kawalan trafik.
Ahli pasukan kawalan trafik (FKTM A)
- Bekerjasama dengan ketua pasukan kawalan trafik FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
- Memaklumkan dan membuat panggilan kecemasan kepada komander insiden FKTM A, Jabatan Keselamatan dan Pusat Kesihatan Universiti sekiranya berlaku kecemasan di FKTM A.
- Mengawal pergerakan lalu lintas staf, pelajar, kontraktor dan pelawat ke tempat berkumpul dengan selamat di FKTM A.
- Menutup laluan dan menghalang kenderaan keluar masuk semasa berlaku kecemasan di FKTM A.
- Memastikan laluan bebas dari halangan yang boleh menghalang akses kenderaan agensi berkaitan masuk ke lokasi kecemasan di FKTM A.
- Memandu arah pasukan ERT dan agensi luar untuk ke lokasi kecemasan di FKTM A.
- Mengawal keadaan sekitar lokasi kecemasan dan bangunan sebelum keadaan diisytiharkan selamat di FKTM A.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
Ketua blok (FKTM A)
- Bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
- Mengetuai blok FKTM A dan membuat penilaian hazad/ risiko yang terdapat di kawasan blok di FKTM A.
- Mengetuai blok FKTM A dan menyelaras senarai nama dan status kesihatan penghuni di blok di FKTM A.
- Mengetuai blok FKTM A dan mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT di FKTM A setiap kali berlaku perubahan.
- Melaporkan kepada penolong pegawai insiden FKTM A/ komander insiden FKTM A mengenai kejadian kecemasan di FKTM A.
- Mengaktifkan penggera kebakaran di FKTM A. Ketua blok perlu membunyikan wisel sekiranya tiada sistem penggera kebakaran bagi memberikan amaran tentang kejadian berbahaya bagi premis UniMAP di bangunan rumah kedai.
- Mengetuai blok FKTM A dan memberi arahan pengungsian bangunan kepada semua ketua aras di blok terlibat di FKTM A.
- Mengetuai blok FKTM A dan membantu melakukan kawalan parameter dan trafik di blok di FKTM A.
- Mengetuai blok FKTM A dan menunggu di tempat berkumpul untuk penyusunan barisan mengikut aras di FKTM A.
- Mengetuai blok FKTM A dan memeriksa kehadiran penghuni di tempat berkumpul dengan melaksanakan head count dan memberi laporan lengkap kepada penolong pegawai insiden/ komander insiden di FKTM A.
- Mengetuai blok FKTM A dan menerima arahan “stand down” daripada komander insiden FKTM A.
- Bersurai setelah mendapat arahan daripada komander insiden FKTM A.
- Mengetuai blok FKTM A dan menyemak semula dan mengemaskini hazad, risiko, maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan selepas berlaku kecemasan di FKTM A.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
- Mengetuai blok FKTM A dan memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM A.
- Memaklumkan ketiadaan kepada penolong ketua blok (FKTM A) agar penolong ketua blok boleh ambil alih sekiranya berlaku sebarang tindakan kecemasan.
Penolong ketua blok (FKTM A)
- Bersedia untuk mengambil alih peranan ketua blok (FKTM A) selepas makluman ketiadaan dari ketua blok (FKTM A).
- Memaklumkan kepada komander insiden (FKTM A) sekiranya berlakunya ketiadaan semasa ketiadaan ketua blok.
Ketua aras (FKTM A)
- Bekerjasama dengan komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan berfungsi secara berkesan.
- Mengetuai aras di FKTM A untuk mengenalpasti hazad/ risiko yang terdapat di aras blok di FKTM A.
- Mengetuai aras di FKTM A untuk mengemaskini senarai nama dan status kesihatan penghuni di aras blok di FKTM A.
- Mengetuai aras di FKTM A untuk memeriksa dan mengesahkan kejadian serta melaporkan situasi kepada ketua blok FKTM A.
- Mengetuai aras di FKTM A untuk melaksanakan pengungsian bangunan setelah menerima pengumuman untuk mengarahkan penghuni keluar berhimpun ke tempat berkumpul di FKTM A.
- Mengetuai aras di FKTM A untuk memeriksa setiap bilik termasuk tandas, pantri supaya tiada penghuni yang cedera atau terperangkap di FKTM A.
- Mengetuai aras di FKTM A untuk menutup pintu keluar dan pintu rintangan api sebelum meninggalkan aras.
- Mengetuai penghuni aras ke tempat berkumpul yang ditetapkan mengikut blok masing-masing di FKTM A.
- Menerima arahan “stand down” daripada komander insiden FKTM A.
- Bersurai setelah mendapat arahan lokasi kejadian selamat daripada komander insiden FKTM A.
- Mengetuai aras di FKTM A untuk menyemak semula dan mengemaskini hazad, risiko, maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan selepas berlaku kecemasan di FKTM A.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
- Mengetuai aras FKTM A dan memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM A.
Ketua pasukan tindak balas kecemasan (FKTM B & FKTM C)
- Mengekalkan hubungan dan melaporkan kepada komander insiden FKTM A untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTM B dan FKTM C masing-masing dapat berfungsi secara berkesan.
- Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B dan FKTM C masing-masing untuk bekerjasama dengan komander insiden FKTE 1 (FKTM B) atau komander insiden UniCITI FKTK (FKTM C) untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTE 1 atau pasukan tindak balas kecemasan UniCITI FKTK berfungsi secara berkesan.
- Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C untuk memastikan ubatan dan kelengkapan dalam peti pertolongan cemas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan bersedia di FKTM B atau FKTM C.
- Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C untuk memastikan semua peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa di FKTM B atau FKTM C.
- Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C untuk memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi di FKTM B atau FKTM C.
- Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C untuk memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM B atau FKTM C.
- Melaporkan status peti pertolongan cemas, peralatan pencegahan kebakaran, papan tanda keselamatan dan laluan kecemasan di FKTM B atau FKTM C kepada komander insiden FKTM A sekiranya diperlukan.
- Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C di bawah seliaan komander insiden FKTE 1 atau komander insiden UniCITI dan membuat penilaian hazad/ risiko yang terdapat di FKTM B atau FKTM C.
- Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C di bawah seliaan komander insiden FKTE 1 atau komander insiden UniCITI dan menyelaras senarai nama dan status kesihatan penghuni di FKTM B atau FKTM C.
- Mengetuai pasukan tindak balas kecemasan (ERT) FKTM B atau FKTM C di bawah seliaan komander insiden FKTE 1 atau komander insiden UniCITI dan mengemaskini maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan dan maklumat pasukan ERT di FKTM B atau FKTM C setiap kali berlaku perubahan.
- Melaporkan kepada penolong pegawai insiden / komander insiden dan komander insiden FKTM A mengenai kejadian kecemasan di FKTM B atau FKTM C.
- Mengetuai aras di FKTM B atau FKTM C untuk menyemak semula dan mengemaskini hazad, risiko, maklumat/ info kebakaran seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, papan tanda keselamatan selepas berlaku kecemasan di FKTM B atau FKTM C.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.
Ahli pasukan tindak balas kecemasan (FKTM B & FKTM C)
- Mengekalkan hubungan dan melaporkan kepada ketua pasukan tindak balas kecemasan FKTM B atau FKTM C untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTM B atau FKTM C dapat berfungsi secara berkesan.
- Bekerjasama dengan komander insiden FKTE 1 atau komander insiden UniCITI untuk memastikan pasukan tindak balas kecemasan FKTE 1 atau pasukan tindak balas kecemasan UniCITI berfungsi secara berkesan.
- Memastikan ubatan dan kelengkapan dalam peti pertolongan cemas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan bersedia di FKTM B atau FKTM C.
- Memastikan semua peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa di FKTM B atau FKTM C.
- Memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi di FKTM B atau FKTM C.
- Memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan di FKTM B atau FKTM C.
- Melaporkan status peti pertolongan cemas, peralatan pencegahan kebakaran, papan tanda keselamatan dan laluan kecemasan di FKTM B atau FKTM C kepada ketua pasukan tindak balas kecemasan FKTM B atau FKTM C sekiranya diperlukan.
- Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pasukan pemadam & penyelamat.