Berkaitan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Pengenalpastian Hazard, Penafsiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC)

Pengenalpastian hazard, penafsiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC) ini bertujuan untuk membuat kawalan risiko terhadap hazard.
Takrif

Hazard, Bahaya & Risiko

Hazard
  • Sesuatu punca atau sesuatu keadaan mempunyai potensi di mana boleh mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesihatan yang buruk kepada manusia, kerosakan harta, kerosakan alam sekitar atau gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut.
Bahaya
  • Pendedahan langsung kepada hazard
Risiko
  • Gabungan faktor kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian berhazard dalam sesuatu tempoh khusus yang ditetapkan atau dalam keadaan yang ditetapkan” dengan faktorketerukannya iaitu kecederaan atau kesan buruk ke atas kesihatan manusia, harta, alam sekitar atau gabungan mana-mana daripada ini yang disebabkan oleh kejadian tersebut”.
Berkaitan

Pengenalpastian Hazard

Pengenalpastian kejadian yang tidak diingini yang membawa kepada wujudnya hazard dan mekanisme yang membolehkan kejadian yang tidak diingini itu berlaku.
Takrif

Penaksiran & Pengurusan Risiko

Penaksiran risiko
  • Proses penilaian risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada hazard di tempat kerja.

Pengurusan risiko
  • Prosedur keseluruhan yang berkaitan dengan mengenal pasti hazard, menaksir risiko, menetapkan langkah kawalan, dan menyemak hasil.
Takrif

Kawalan Hazard & Hierarki Kawalan

Kawalan Hazard
  • Proses melaksanakan langkah untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan hazard.

Hierarki Kawalan
  • Tertib keutamaan yang bersesuaian yang ditetapkan bagi jenis langkah yang akan diambil untuk mengawal risiko.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Prinsip Asas Pengurusan Risiko

Penaksiran Risiko dibuat agar sesebuah organisasi dapat mengetahui informasi mengenai Risiko yang wujud dalam organisasi tersebut dan tahu untuk menguruskannya seperti berikut:

  • Mengintegrasi pengurusan risiko sebagai salah satu bahagian dalam perancangan di semua peringkat aktivit organisasi tersebut.
  • Tidak menerima sebarang Risiko yang tidak munasabah.
  • Membuat sebarang keputusan yang bersesuaian dengan risiko.
  • Menerima risiko apabila kelebihan melebihi implikasi.
Berkaitan

Penilaian Risiko

Bila perlu buat Penilaian Risiko?

    1. Apabila terdapat Kos Efektif dalam Pengurusan KKP.
       
        - Penilaian risiko akan memberikan pemahaman kepada organisasi mengenai hazard yang terdapat di tempat kerja dan risiko yang ada di sesebuah organisasi. Ia merupakan kaedah sistematik untuk memahami hazard yang ada dan boleh membuat keputusan yang tepat bagi mengawal hazard berdasarkan fakta.

    2. Keperluan Undang-Undang

        - OSHA 44 General Duties of Employer and Self-Employed Person under Section 15
        - Peraturan Keselamatan Kesihatan (Control of Industrial Major Accident Hazard) CIMAH 1996
        - USECHH 2000

    3. Keperluan Sistem Pengurusan

        - ISO45001
        - ISO9001
Penilaian Risiko dalam Organisasi

Aktiviti perlu dibuat penilaian risiko adalah seperti berikut:
  1. Aktiviti rutin dan bukan rutin seperti penyelenggaraan, pembaikan dll.
  2. Aktiviti yang melibatkan semua personel dalam tempat kerja.
  3. Penilaian risiko tidak terhad kepada aktiviti makmal tetapi termasuk aktiviti pengurusan pejabat.
Bila perlu dibuat Penilaian Risiko
  1. Sebelum aktiviti.
  2. Semasa aktiviti.
  3. Selepas aktiviti.
Siapa perlu buat penilaian risiko di organisasi?
  • Penyelia/Ketua Makmal
  • Staf yang terlibat untuk aktiviti tersebut.
  • Jawatankuasa KKP PTj.

Contoh borang penilaian risiko

SENARAI AKTIVITI

Lokasi  


Bil. Aktiviti/Kerja Rutin Bukan rutin
       
       
       
       
       
       
       
       
       

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Komponen Asas Pengurusan Risiko

1. Mengenali hazard
  • Langkah - langkah aktiviti
  • Mengenali hazard setiap langkah
2. Menilai risiko
  • Kawalan sedia ada
  • Penilaian risiko
3. Mengawal risiko
  • Kawalan risiko yang diperlukan
  • Melaksanakan kawalan
4. Semakan semula
  • Kawalan Risiko apabila diperlukan
Berkaitan

Punca-punca Hazard

Di mana dapat jumpa Hazard?

Manusia = Tingkah laku, kelakuan tidak selamat
Mesin Jentera = Pempasangan, susun atur/pelan lantai, rekabentuk alat
Bahan = Bahan berbahaya yang digunakan di tempat kerja seperti bahan kimia dan gas.
Kaedah = Cara pekerja melaksanakan tugas/cara kerja.
Media = Keadaan tempat kerja seperti pengudaraan, pencahayaan, bunyi bising, getaran dan kualiti udara.
Berkaitan

Klasifikasi Hazard

Pengkelasan Hazard Contoh sumber hazard yang berpotensi 
Mekanikal Bahagian dan hujung yang tajam, daya berlebihan terhadap peralatan melebihi keupayaan dan cakera pencanai tanpa penghadang. 
Elektrikal Penebat elektrik yang rosak, penutup suis yang pecah ataupun hilang, wayar hidup yang terdedah.
Biologikal Pendedahan kepada bawaan udara dan bawaan darah seperti virus, bakteria dan fungi. 
Bahan kimia Pendedahan kepada karsinogen, dan bahan kimia yang menghakis. 
Ergonomik Pendedahan berulangan kepada postur tidak normal dan pergerakan yang tidak normal, reka bentuk yang tidak betul terhadap tempat kerja, peralatan dan tugas. 
Psikologikal Tekanan, gangguan seksual dan keganasan di tempat
kerja.
Berkaitan

Mengenalpasti Hazard

   1. Aktiviti
  • Nyatakan langkah demi langkah untuk melengkapkan sesuatu proses kerja yang telah disenaraikan dalam senarai kerja "Job List".
   2. Mengenali Hazard
  • Perhati dan periksa dengan teliti setiap langkah kerja untuk mencari kemungkinan terdapatnya bahaya (hazard) kemalangan mungkin berlaku.
  • Bahaya (hazard) mungkin terdapat lebih dari satu.
  • Senaraikan bahaya (hazard) yang terdapat pada setiap kerja yang dianalisa.
Berkaitan

Analisis Hazard

Terdapat pelbagai kaedah untuk menganalisis risiko antaranya:
  1. Job Safety Analysis (JSA)
  2. Hazards and Operability Studies (HAZOP)
  3. Fault Tree Analysis (FTA)
  4. Failure Mode and Effect Analysis (FMEA)
  5. Event Tree Analysis (ETA)
  6. Hazards Analysis (HAZAN)
  7. Checklist Analysis
  8. What-if Analysis
  9. Relative Ranking/ Risk Indexing