Berkaitan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Mesin bertekanan
Senarai mesin bertekanan yang perlu memiliki sijil kelayakan mesin tekanan (PMT) untuk beroperasi dan perlu diperbaharui setiap 15 bulan sekali.
Berikut adalah beberapa contoh pengandung tekanan tak berapi yang perlu memiliki sijil kelayakan mesin tekanan (PMT):
Berikut adalah beberapa contoh pengandung tekanan tak berapi yang perlu memiliki sijil kelayakan mesin tekanan (PMT):
- Bekas udara
- Sterilizer
- Tangki simpanan LPG
- Penukar haba
- Pengandung tekanan di loji petro kimia dan sebagainya.
- Mempunyai tekanan reka bentuk dalaman atau luaran yang tidak melebihi lima belas paun seinci persegi tanpa mengira saiz bejana tidak berapi itu.
- Mempuyai diameter dalaman, lebar, tinggi, atau pepenjuru keratan rentas yang tidak melebihi enam inci tanpa mengira panjang atau tekanan.
- Mengandungi air di bawah tekanan yang mempunyai tekanan reka bentuk yang tidak melebihi tiga ratus paun seinci persegi dan suhu reka bentuk yang tidak melebihi Sembilan puluh Sembilan darjah celcius.
- Mempunyai dua atau lebih kebuk yang mempunyai tekanan reka bentuk dalaman atau luaran pada setiap kebuk yang tidak melebihi lima belas paun seinci persegi dan tekanan kebezaan antara setiap kebuk yang tidak melebihi lima belas paun seinci persegi tanpa mengira saiz mesin tekanan tersebut.
- Mempunyai komponen paip atau aksesori komponen paip itu yang fungsinya adalah untuk mencampurkan, mengasingkan, menusuk, mengagihkan atau mengawal aliran medium dalam komponen paip atau aksesori komponen paip itu.
- Mempunyai komponen suatu peranti mekanikal berputar atau berselingan yang fungsinya adalah untuk menyokong operasi peranti mekanikal itu.
- Mempunyai komponen suatu pakej pendingin bagi suatu bangunan.
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pendaftaran
Senarai dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan pendaftaran mesin pengandung tekanan tak berapi (PMT) seperti ‘Air compressor, Air receiver, water softener dan lain-lain:
- Satu (1) salinan Sijil Ujian Hidrostatik (JKJ 127).
- Satu (1) salinan surat kelulusan rekabentuk kecuali bagi Unfired Pressure Vessel/ Pengandung tekanan tak berapi (UPV) yang disertakan sijil ujian Hidrostatik (JKJ 127).
- Satu (1) salinan lukisan rekabentuk yang telah diluluskan kecuali bagi Unfired Pressure Vessel/ Pengandung tekanan tak berapi (UPV) yang disertakan sijil ujian Hidrostatik (JKJ 127).
- Satu (1) salinan surat kelulusan pengecualian hidrostatik (bagi UPV yang tidak boleh dikenakan ujian hidrostatik seperti ‘oil separator’.
- Satu (1) salinan sijil dari badan kuasa memeriksa yang diiktiraf bagi pengandung tekanan/dandang kecuali jumlah nilai tekanan (psi) X garispusat dalaman (inci) kurang daripada 3000 psi.
- Satu (1) salinan sijil pembuat (kecuali bagi UPV yang disertakan sijil ujian JKJ 127).
- Surat Pengesahan daripada Jurutera Profesional kekuatan struktur lantai bagi mesin yang dipasang selain dari lantai aras bawah (ground floor).
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Senarai semak permohonan penangguhan pemeriksaan ulangan/penukaran status mesin/jentera
Senarai dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan penangguhan pemeriksaan ulangan/penukaran status mesin pengandung tekanan tak berapi (PMT) seperti ‘Air compressor, Air receiver, water softener dan lain-lain:
- Surat permohonan (menggunakan kepala surat rasmi); dan menerangkan tujuan pemohonan serta nama dan nombor yang boleh dihubungi.
- Justifikasi khusus memohon penangguhan pemeriksaan ulangan/ Perlanjutan Tarikh Sah Sijil Kelayakan (CF); Justifikasi perlu jelas dan sesuatu yang tidak dapat dielakkan perlaksanaannya.
- Dokumen berkaitan Maklumat Perolehan dan Pemasangan Mesin & Jentera. (CF dan laporan pemeriksaan sebelum).
- Laporan penyelenggaraan mesin & jentera yang terlibat.
- Laporan penyelenggaraan mesin & jentera yang terlibat.
- Laporan pembaikan; diperlukan jika mesin & jentera yang dipohon sedang sedang diselenggara disebabkan kerosakan dan perlu diperbaiki.
- Laporan pemeriksaan ulangan oleh Pegawai JKKP.