Berkaitan Pengurusan Buangan Terjadual

Buangan terjadual

Kumpulan kandungan kod sisa

(Jadual pertama)
Berdasarkan peraturan-peraturan buangan terjadual, semua sisa yang tertakluk di dalam senarai jadual pertama dikategorikan sebagai sisa terjadual. Kumpulan kandungan kod sisa berdasarkan kepada jadual pertama senarai berikut:

KUMPULAN JENIS SISA
Kumpulan 1 - SW1 Buangan logam dan buangan berasaskan logam.
Kumpulan 2 - SW2 Buangan yang mengandungi unsur tidak organik yang
mungkin mengandungi logam dan bahan organik.
Kumpulan 3 - SW3 Buangan yang mengandungi unsur organik yang
mungkin mengandungi logam dan bahan tidak organik.
Kumpulan 4 - SW4 Buangan yang mungkin mengandungi unsur tidak
organik atau organik.
Kumpulan 5 - SW5 Buangan lain.

Buangan Terjadual

Kod buangan sediada

(di FKTM / UniMAP)
Menurut data yang diperolehi dari COSHE, UniMAP, kod buangan terjadual yang pernah terhasil yang telah dilupuskan melalui kod-kod seperti senarai berikut:-

KOD BUANGAN JENIS SISA
KOD BUANGAN SW 110 Buangan daripada pemasangan elektrik dan elektronik
yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpiliklorin yang lain atau yang dicemari dengan kadmium, raksa, plumbum, nikel, krimium, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin.
KOD BUANGAN SW 301 Asid organik terpakai dengan pH yang kurang daripada atau sama dengan 2 yang mengakis atau berbahaya
KOD BUANGAN SW 404 Buangan patogenik, buangan klinikal atau bahan yang dikuarantinkan
KOD BUANGAN SW 409 Bekas, beg atau kelengkapan yang dilupuskan yang dicemari dengan bahan kimia, racun mahkluk perosak, minyak mineral atau buangan terjadual
KOD BUANGAN SW 410 Kain buruk, plastik, kertas atau turas yang dicemari dengan buangan terjadual
KOD BUANGAN SW 421 Campuran buangan terjadual
KOD BUANGAN SW 429 Bahan kimia yang terbuang atau tidak mengikut spesifikasi

Untuk buangan yang belum disenaraikan di atas, sebelum buangan sisa perlu dirujuk kepada COSHE, UniMAP untuk mendapatkan nasihat kod buangan yang bersesuai.

Buangan Terjadual

Label pada bekas yang bertutup

(contoh)
Semua Buangan Terjadual (Sisa Bahan Kimia) hendaklah ditempatkan di dalam bekas yang bertutup dan berlabel seperti gambarajah di bawah untuk mudah diambil oleh pihak kontraktor.

Buangan Terjadual

Laporan inventori bulanan buangan terjadual

(contoh)
Penyelaras-penyelaras pengurusan buangan terjadual FKTM perlu menghantar laporan inventori bulanan buangan terjadual seperti dalam gambarajah di bawah ke pihak COSHE menggunakan e-borang yang boleh didapati di website JPKPKP FKTM.