Berkaitan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Mesin angkat
Senarai mesin angkat yang perlu memiliki sijil kelayakan mesin angkat (PMA) untuk beroperasi dan perlu diperbaharui setiap 15 bulan sekali.
- Mesin angkat/ Lift yang tidak menggunakan kuasa manual
- Kren berantai
- Kren Lori
- Overhead Travelling cranes
- Rig Penggerek
- Rig Gerudi
- Mesin Cerucuk/Piling Machine (yang dipasang di atas roda berantai sahaja)
- Win (kenderaan tunda sahaja)
- Perata dok
- Manipulator
- Menara laluan (Gangway Tower)
- Penghantar tegak (Vertical Conveyor)
- Pengankat hujung (tail lift)
- Automatic Storage and Retrieval System (ASRS)
- Pengankat Kekera/ Monkey Hoist (beban angkat maksimum 80kg dan ketinggian angkat maksimum 9meter sahaja)
- Pengankat Udara atau pneumatic (beban kerja selamat 500Kg sahaja)
- Kelulusan bertulis dari JKKP (kecuali bagi Win (kenderaan tunda sahaja) dan Pengankat hujung (tail lift).
- Pelaksanaan HIRARC
- Penyedian SOP
- Pengendali adalah terlatih
- Pemeriksaan dan penyelenggaran terhadap jentera
- Penyeliaan yang berkesan bagi memastikan semua pkerja mematuhi SOP yang disediakan
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pendaftaran
Senarai dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan pendaftaran mesin angkat (PMA) seperti kren kembara (overhead travelling crane), gondola, chain hoist dan lain:
- Satu (1) salinan surat kelulusan rekabentuk kecuali bagi 'Overhead Travelling Crane’ yang girdernya diperbuat dari standard ‘I’ atau ‘H’ beam dan beban kerja tidak melebihi 4000 kg.
- Satu (1) salinan lukisan rekabentuk yang telah diluluskan kecuali bagi ‘Overhead Travelling Crane’ yang girdernya diperbuat dari standard ‘I’ atau ‘H’ beam dan beban kerja tidak melebihi 4000 kg.
- Satu (1) salinan sijil pembuat.
- Surat Pengesahan daripada Jurutera Profesional kekuatan struktur penyokong/ bangunan
- Surat Pengesahan daripada Jurutera Profesional kekuatan struktur lantai bagi mesin yang dipasang selain dari lantai aras bawah (ground floor).
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Senarai semak permohonan penangguhan pemeriksaan ulangan/penukaran status mesin/jentera
Senarai dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan penangguhan pemeriksaan ulangan/penukaran status mesin angkat (PMA) seperti kren kembara (overhead travelling crane), gondola, chain hoist dan lain:
- Surat permohonan (menggunakan kepala surat rasmi); dan menerangkan tujuan pemohonan serta nama dan nombor yang boleh dihubungi.
- Justifikasi khusus memohon penangguhan pemeriksaan ulangan/ Perlanjutan Tarikh Sah Sijil Kelayakan (CF); Justifikasi perlu jelas dan sesuatu yang tidak dapat dielakkan perlaksanaannya.
- Dokumen berkaitan Maklumat Perolehan dan Pemasangan Mesin & Jentera. (CF dan laporan pemeriksaan sebelum).
- Laporan penyelenggaraan mesin & jentera yang terlibat.
- Laporan penyelenggaraan mesin & jentera yang terlibat.
- Laporan pembaikan; diperlukan jika mesin & jentera yang dipohon sedang sedang diselenggara disebabkan kerosakan dan perlu diperbaiki.
- Laporan pemeriksaan ulangan oleh Pegawai JKKP.