Berkaitan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Mesin dandang
Senarai mesin dandang yang perlu memiliki sijil kelayakan mesin dandang (PMD) untuk beroperasi dan perlu diperbaharui setiap 15 bulan sekali.
Berikut adalah beberapa contoh mesin dandang yang perlu memiliki sijil kelayakan mesin dandang (PMD):
Berikut adalah beberapa contoh mesin dandang yang perlu memiliki sijil kelayakan mesin dandang (PMD):
- Dandang Stim Tiub Air
- Dandang Stim Tiub Api
- Dandang Stim Elektrik
- Autoclave
- Waste Heat Recovery Boiler
- Superheater
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pendaftaran
Senarai dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan pendaftaran mesin dandng (PMD) seperti Dandang / Boiler, Dandang Elektrod, Autoclave:
- Satu (1) salinan surat kelulusan rekabentuk.
- Satu (1) salinan lukisan rekabentuk yang telah diluluskan.
- Satu (1) salinan sijil dari badan kuasa memeriksa yang diiktiraf bagi pengandung tekanan/dandang kecuali jumlah nilai tekanan (psi) X garispusat dalaman (inci) kurang daripada 3000 psi.
- Satu (1) salinan sijil pembuat.
- Surat Pengesahan daripada Jurutera Profesional kekuatan struktur lantai bagi mesin yang dipasang selain dari lantai aras bawah (ground floor).
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Senarai semak permohonan penangguhan pemeriksaan ulangan/penukaran status mesin/jentera
Senarai dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan penangguhan pemeriksaan ulangan/penukaran status mesin dandng (PMD) seperti Dandang / Boiler, Dandang Elektrod, Autoclave:
- Surat permohonan (menggunakan kepala surat rasmi); dan menerangkan tujuan pemohonan serta nama dan nombor yang boleh dihubungi.
- Justifikasi khusus memohon penangguhan pemeriksaan ulangan/ Perlanjutan Tarikh Sah Sijil Kelayakan (CF); Justifikasi perlu jelas dan sesuatu yang tidak dapat dielakkan perlaksanaannya.
- Dokumen berkaitan Maklumat Perolehan dan Pemasangan Mesin & Jentera. (CF dan laporan pemeriksaan sebelum).
- Laporan penyelenggaraan mesin & jentera yang terlibat.
- Laporan penyelenggaraan mesin & jentera yang terlibat.
- Laporan pembaikan; diperlukan jika mesin & jentera yang dipohon sedang sedang diselenggara disebabkan kerosakan dan perlu diperbaiki.
- Laporan pemeriksaan ulangan oleh Pegawai JKKP.