Berkaitan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal

Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)

Takrifan mesin dan jentera

Jentera

Jentera yang memerlukan Sijil Perakuan Kelayakan yang sah sebelum jentera tersebut dibenarkan beroperasi iaitu dandang, pengandung tekanan tak berapi dan mesin angkat.

Dandang
Mana-mana pengandung tertutup yang menjana stim pada tekanan yang melebihi tekanan atmosfera.

Pengandung Tekanan tak Berapi
Pengandung yang tertutup pada tekanan yang melebihi tekanan atmosfera mengandungi apa-apa jenis gas atau campuran atau gabungan gas termasuk pengandung dibawah tekanan cecair atau gas atau keduanya seperti tangki simpanan pukal, juga pengandung di bawah tekanan kurang daripada tekanan atmosfera tetapi tidak termasuk gas silinder.

Pengandung Tekanan berapi
Mana-mana pengandung yang tertutup yang melebihi tekanan atmosfera dan tertakhluk kepada ‘direct firing’ seperti pemanas minyak haba (thermal oil heater) dan dandang air panas (hot water boiler) tetapi tidak termasuk dandang stim.

Mesin Angkat
Merujuk kepada kren kembara bergerak atas, ‘aerial platform’, kren ‘auger’, kren bergerak, lift gunting (scissor lift), kren portal, kren monorail, lif penumpang / barang, escalator, travellator, dumbwaiter, table lifter, kren menara, gondola dan skip / material hoist.

Sijil Perakuan Kelayakan (CF)
Sijil yang dikeluarkan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 oleh JKKP yang membuktikan jentera tersebut boleh beroperasi dengan selamat.

Tempoh Sah Sijil Perakuan Kelayakan
Sijil Perakuan Kelayakan mempunyai tarikh tempoh sah 15 bulan dari tarikh pemeriksaan dijalankan tetapi boleh dilanjutkan tidak lebih daripada 36 bulan.