Berkaitan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Tindak Balas Kecemasan
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (JPERT)
Persediaan sebelum kecemasan
Info dan Peralatan Pencegahan Kebakaran Berfungsi
- Penolong pegawai insiden FKTM A dan ketua-ketua pasukan tindak balas kecemasan FKTM B dan FKTM C perlu merancang untuk membuat semakan dan mengemaskini maklumat seperti pelan laluan kecemasan, talian kecemasan, dan maklumat pasukan ERT setiap kali berlaku perubahan.
- Ahli ERT (pasukan pemadam) perlu memastikan semua peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
- Ahli ERT (pasukan pemadam) perlu memastikan semua papan tanda keselamatan boleh dilihat dan mencukupi.
- Ahli ERT (pasukan pemadam, ketua blok dan ketua aras) perlu memantau dan memastikan semua laluan kecemasan bebas dari sebarang halangan.
- Komander insiden FKTM A perlu mengenalpasti dan menetapkan tempat berkumpul yang sesuai di FKTM A.
- Ketua pasukan tindak balas kecemasan FKTM B dan FKTM C perlu berhubung dengan komander insiden masing-masing untuk mengenalpasti lokasi tempat berkumpul di zon C5 dan B1.
- Hebahan kepada semua staf, pelajar, kontraktor dan pelawat mengenai lokasi tempat berkumpul.
Perjalanan aktiviti Latihan Pengungsian Bangunan seperti berikut :
- Mesyuarat Pelarasan
- Simulasi Tabletop Excersize (TTX)
- Latihan Pengungsian Bangunan
- Mesyuarat Post-Mortem
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (JPERT)
Langkah-langkah semasa kecemasan
Arahan Pengungsian Bangunan
Pengumuman Kecemasan/ Penggera Keselamatan
"SILA AMBIL PERHATIAN
Semua staf, pelajar dan pelawat di Blok A diarah untuk mengungsikan bangunan dengan segera. Harap bertenang dan patuhi segala arahan ketua aras dan bergerak ke tempat berkumpul yang kawasan meletak kereta."
- Komander insiden FKTM A mempunyai kuasa mengarahkan pengungsian bangunan atau memasuki semula bangunan setelah mendapat pandangan dan nasihat dari agensi berkaitan di zon C4. Untuk FKTM B dan FKTM C mohon untuk mematuh kepada arahan komander insiden di zon masing-masing.
- Penolong pegawai insiden FKTM A hendalah membuat pengumuman kecemasan dengan serta merta melalui sistem siaraya dan penggera kecemasan.
- Ketua blok di B1 (UniCITI) perlu membunyikan wisel disebabkan tiada sistem penggera kebakaran bagi memberikan amaran tentang kejadian berbahaya bagi premis UniMAP di bangunan rumah kedai yang berada di kampus UniCITI.
- Ketua blok dan ketua aras hendaklah memastikan penghuni setiap aras/ tingkat selamat keluar dan terus ke tempat berkumpul.
Pengumuman Kecemasan/ Penggera Keselamatan
- Penolong pegawai insiden FKTM A hendaklah segara membuat pengumuman melalui sistem siaraya atau yang berfungsi sepertinya.
- Ketua pasukan tindak balas kecemasan di FKTM B dan FKTM C perlu memaklumkan kepada komander insiden FKTM A atas berlakunya insiden kecemasan di zon masing-masing.
- Pengumuman hendaklah dibuat dengan jelas meliputi arahan pengungsian, keselamatan penghuni, lokasi berkumpul dan tatacara pengungsian bangunan.
"SILA AMBIL PERHATIAN
Semua staf, pelajar dan pelawat di Blok A diarah untuk mengungsikan bangunan dengan segera. Harap bertenang dan patuhi segala arahan ketua aras dan bergerak ke tempat berkumpul yang kawasan meletak kereta."
Pihak yang Perlu Dihubungi dengan Segera
Tempat Berkumpul
- Rujuk nombor talian kecemasan UniMAP.
- Agensi Terlibat
- Jabatan Bomba dan Penyelamat - Gerakan menyelamat dan memadam kebakaran.
- Pasukan Perubatan - Rawatan kecemasan akibat kecederaan.
- Polis Diraja Malaysia - Pemantauan trafik dan orang ramai.
Tempat Berkumpul
- Ketua aras dan ketua blok perlu memastikan semua penghuni berkumpul mengikut aras dan blok yang dihuni bagi memudahkan pengiraan.
- Ketua aras dan ketua blok perlu memaklumkan segera kepada komander insiden jika terdapat staf dan pelajar yang terperangkap dalam bangunan untuk tindakan menyelamat.
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (JPERT)
Nasihat ketika kecemasan
Dalam keadaan kecemasan setiap ahli JPERT perlu peka dan berhati-hati semasa proses pengungsian, menyelamat dan memberi bantuan awal seperti memadam kebakaran kerana risiko yang amat tinggi.
Latihan dan kursus berkaitan dengan pengurusan krisis perlu dihadiri bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran apabila berlaku sebarang kejadian.
Latihan dan kursus berkaitan dengan pengurusan krisis perlu dihadiri bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran apabila berlaku sebarang kejadian.