Berkaitan Jawatankuasa Pengurusan Buangan Terjadual

Jawatankuasa Pengurusan Buangan Terjadual (JPBT)

Fungsi JPBT dalam JPKPKP FKTM

JPBT dalam JPKPKP FKTM berfungsi untuk memastikan proses pengurusan dan pelupusan buangan terjadual makmal dan bengkel di FKTM dilaksanankan dengan teratur, cekap dan selamat berdasarkan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Disebabkan FKTM terbahagi kepada FKTM A dan FKTM B yang terletak di kampus Pauh serta FKTM C yang terletak di kampus UniCITI, maka FKTM telah melantik 2 orang penyelaras pengurusan buangan terjadual dalam JPKPKP FKTM.

Jawatankuasa Pengurusan Buangan Terjadual (JPBT)

Peranan dan tanggungjawab ahli JPBT dalam JPKPKP FKTM

Setiap ahli JPBT dalam JPKPKP FKTM memainkan peranan yang penting seperti:

Penyelaras Pengurusan Buangan Terjadual
  1. Membuat tempahan peralatan simpanan buangan terjadual (sisa bahan kimia) daripada pihak COSHE setiap awal bulan bagi kegunaan bulan berikutnya dengan menggunakan e-borang. 
  2. Memastikan buangan terjadual (sisa bahan kimia) yang terhasil daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal FKTM akan disimpan di dalam bekas yang sesuai dan diletakkan di dalam stor FKTM yang bersesuaian (tidak melebihi 180 hari atau 20 tan metrik).
  3. Memastikan semua buangan terjadual (sisa bahan kimia) di FKTM hendaklah ditempatkan di dalam bekas yang bertutup dan berlabel untuk mudah diambil oleh pihak kontraktor.
  4. Mewakili FKTM untuk menghantar laporan inventori bulanan buangan terjadual (sisa bahan kimia) di FKTM ke pihak COSHE menggunakan e-borang.
  5. Menguruskan semua aktiviti pergerakan keluar buangan terjadual dari FKTM ke pusat pengumpulan sementara untuk kerja-kerja penghantaran, pemungutan dan pelabelan buangan terjadual.