Berkaitan Jawatankuasa Pengurusan Bahan Kimia

Jawatankuasa Pengurusan Bahan Kimia (JPBK)

Fungsi JPBK dalam JPKPKP FKTM

JPBK dalam JPKPKP FKTM berfungsi untuk:
  1. Membantu JPKPKP FKTM untuk menguruskan risiko-risiko yang berkaitan dengan penggunaan, penyimpanan dan pengurusan insiden yang berkaitan dengan bahan kimia di peringkat FKTM.
  2. Membangunkan dan memelihara sistem pengurusan bahan kimia di peringkat FKTM.
  3. Menyediakan pelan tindakan kecemasan yang berkaitan dengan bahan kimia di peringkat FKTM.
  4. Membantu JPKPKP FKTM untuk menjalankan penyiasatan kemalangan dari aspek keselamatan kimia.

Jawatankuasa Pengurusan Bahan Kimia (JPBK)

Peranan dan tanggungjawab ahli JPBK dalam JPKPKP FKTM

Setiap ahli JPBK dalam JPKPKP FKTM memainkan peranan yang penting untuk:

Penyelaras Pengurusan Bahan Kimia
  1. Menghadiri Mesyuarat JPKPKP FKTM untuk melaporkan hal berkaitan pengurusan bahan kimia.
  2. Bekerjasama memastikan pengurusan bahan kimia dan aspek keselamatan bahan kimia di peringkat FKTM berfungsi secara berkesan.
  3. Memastikan pematuhan kepada Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.
Pegawai Perolehan & Pendaftaran Bahan Kimia
  1. Menguruskan hal seperti merancang, membeli, menerima dan menyimpan bahan kimia di FKTM.
  2. Membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan keselamatan kimia di peringkat FKTM.
Pegawai Pengendalian Bahan Kimia
  1. Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard kimia yang berpotensi mendatangkan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan di FKTM (kawalan dalaman – Penilaian Risiko Bahan Kimia Berbahaya Terhadap Kesihatan Secara Kendiri : SeCHRA)
  2. Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan (Kimia) di peringkat FKTM.
  3. Menjalankan penyiasatan kemalangan aspek keselamatan kimia di peringkat FKTM.
  4. Memastikan semua sistem sokongan seperti LEV, Kebuk Wasap di FKTM sentiasa berfungsi dengan baik.