Berkaitan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Fungsi JPKM dalam JPKPKP FKTM
JPKM dalam JPKPKP FKTM berfungsi untuk memastikan semua jentera dalam FKTM seperti mesin tekanan, mesin angkat dan dandang telah lulus dalam pemeriksaan dan mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri selaras dengan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) 1970. Untuk makluman, buat sementara waktu FKTM belum memiliki sebarang dandang.
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Mekanikal (JPKM)
Peranan dan tanggungjawab ahli JPKM dalam JPKPKP FKTM
Setiap ahli JPKM dalam JPKPKP FKTM memainkan peranan yang penting seperti:
Penyelaras Pengurusan Keselamatan Mekanikal
A. Perolehan dan Pendaftaran Baharu Mesin dan Jentera
Penyelaras Pengurusan Keselamatan Mekanikal
A. Perolehan dan Pendaftaran Baharu Mesin dan Jentera
- Membuat semakan terhadap jentera yang hendak dibuat perolehan sama ada termasuk dalam senarai mesin & jentera yang ditetapkan oleh pihak COSHE.
- Memastikan kontraktor / pembekal melampirkan borang pengujian jentera (JKJ 127) semasa menghantar katalog spesifikasi mesin & jentera yang hendak dibuat perolehan.
- Memastikan ada pejanjian persefahaman (MoA)/ perjanjian kontrak bagi kategori PMA iaitu untuk lif atau dumbwaiter antara pihak Firma Yang Kompeten (FYK) dengan pihak universiti selewat-lewatnya dua bulan dari tarikh tamat Sijil Perakuan Kelayakan (CF).
- Mengemukan surat kepada Pejabat COSHE untuk permohonan nombor pendaftaran tempat kerja dan surat perwakilan permohonan melantik pembekal/kontraktor untuk kebenaran menggunakan akaun MyKKP UniMAP bagi tujuan pendaftaran baharu mesin dan jentera.
- Memastikan kontraktor / pembekal membuat pendaftaran jentera dengan pihak JKKP dan melampirkan bersama CF semasa proses penyerahan jentera.
- Memaklumkan kepada Pejabat COSHE untuk memperbaharui CF selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat Sijil Perakuan Kelayakan (CF).
- Memastikan ada pejanjian persefahaman (MoA)/ perjanjian kontrak bagi kategori PMA untuk lif atau dumbwaiter.
- Melakukan penyenggaraan terhadap jentera dengan melantik kontraktor yang kompeten dan berdaftar dengan JKKP satu (1) bulan sebelum proses pembaharuan CF dan merekodkan penyelenggaraan tersebut.
- Menyimpan salinan CF tersebut dan membuat satu salinan untuk dipamerkan berhampiran Jentera.
- Memaklumkan kepada Pejabat COSHE secara bertulis (surat rasmi) untuk permohonan penangguhan Pemeriksaan Ulangan Jentera selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum CF tamat.
- Memastikan permohonan penangguhan adalah bertepatan dengan tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam prosedur ini.
- Memastikan Jentera diselenggara dan dalam keadaan baik dan selamat untuk beroperasi.
- Memastikan semua dokumen sokongan yang diperlukan semasa melakukan permohonan penangguhan lengkap dan mudah dibaca.
- Memaklumkan kepada Pejabat COSHE secara bertulis (Surat Rasmi) dalam tempoh 30 hari sebelum pelupusan Jentera.
- Menguruskan proses perlupusan seterusnya melalui jawatan kuasa perlupusan aset harta modal kerajaan UniMAP.