Berkaitan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Fungsi JKKP dalam JPKPKP FKTM
JKKP membantu JPKPKP FKTM untuk:
Pada masa yang sama, salah seorang wakil pekerja telah dilantik untuk mewakili pekerja-pekerja di FKTM ke mesyuarat JKKP induk UniMAP yang akan berlangsung 4 kali setahun.
- Membantu dalam pembuatan kaedah keselamatan dan kesihatan, serta sistem kerja selamat.
- Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan.
- Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan penambahbaikan.
- Menjalankan penyiasatan dalaman bagi kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
- Memeriksa tempat kerja secara berkala dan melaporkan dalam mesyuarat JKK.
- Membincangkan laporan kemalangan dan cadangan bagi pemulihan.
- Merekodkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan.
Pada masa yang sama, salah seorang wakil pekerja telah dilantik untuk mewakili pekerja-pekerja di FKTM ke mesyuarat JKKP induk UniMAP yang akan berlangsung 4 kali setahun.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Peranan dan tanggungjawab ahli JKKP dalam JPKPKP FKTM
Setiap ahli JKKP memainkan peranan yang penting dalam JPKPKP FKTM seperti:
Wakil Majikan
Wakil Majikan
- Menghadiri mesyuarat JPKPKP FKTM.
- Bekerjasama memastikan JPKPKP FKTM berfungsi secara berkesan.
- Memastikan pematuhan kepada peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.
- Menghadiri kursus-kursus anjuran pengurusan keselamatan, persekitaran dan kesihatan pekerjaan di dalam dan luar FKTM.
- Menjalankan audit COSHE di FKTM.
- Melaksanakan pelan tindakan dan susulan di peringkat FKTM.
- Menghadiri mesyuarat JPKPKP FKTM.
- Bekerjasama memastikan JPKPKP FKTM berfungsi secara berkesan.
- Membawa dan membincangkan isu-isu JPKPKP berbangkit bagi pihak staf.
- Menghadiri kursus-kursus anjuran Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan di dalam dan luar FKTM.
- Menjalankan Audit COSHE di FKTM.
- Melaksanakan pelan tindakan dan susulan di peringkat FKTM.
- Menghadiri mesyuarat JKK induk UniMAP.
- Bekerjasama memastikan JKK induk UniMAP berfungsi secara berkesan.
- Membawa dan membincangkan isu-isu KKP berbangkit bagi pihak staf FKTM.