Berkaitan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Undang-undang Malaysia yang berkaitan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

  • Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994
  • Akta Kilang & Jentera 1967
  • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
  • Akta Perlesanan Tenaga Atom 1984*
  • Akta Bekalan Eletrik 1990
  • Peraturan-peraturan Eletrik 1994
  • Akta Bangunan Seragam 1984
  • Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
  • Akta Biokeselamatan 2007*
*Sehingga yang dikemaskini, JPKPKP FKTM percayai bahawa FKTM adalah bebas daripada ancaman-ancaman keselamatan sinaran dan keselamatan biologi. Sekiranya, terdapat mana-mana penyelidik, pelajar (pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana atau kedoktoran) atau pembantu penyelidik di FKTM yang menjalankan penyelidikan yang mempunyai risiko ancaman keselamatan sinaran atau biologi, mohon untuk maklumkan kepada JPKPKP FKTM agar kami dapat membantu anda untuk mengurangkan risiko atau mengawal risiko yang berkemungkinan.

Kerangka sistem pengurusan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan secara umum di Malaysia

  • 1. Polisi & Komitmen
    Kenyataan dasar bertulis yang menggariskan komitmen organisasi terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), termasuk tanggungjawab pengurusan dan pekerja.
  • 2. Pengenalpastian hazard & penilaian
  • 3. Kawalan risiko
  • 4. Komunikasi & latihan
  • 5. Pemantauan & penilaian
  • 6. Penambahbaikan berterusan

Kerangka sistem pengurusan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • 1. Sumber
    Memastikan sumber yang cukup untuk keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi tujuan pencegahan kemalangan dan kecederaan.
  • 2. Penambahbaikan yang berterusan
  • 3. Kawalan risiko
  • 4. Integrasi
  • 5. Kerjasama & perundingan
  • 6. Ilmu & infomasi

Peranan & tanggungjawab pengurusan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • 1. Kepimpinan strategik
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Naib Canselor
    Berperanan untuk:
    1. perancangan strategik bagi semua perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
    2. Mendapatkan jaminan bahawa pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif telah disediakan untuk mengurus risiko.
    3. Memastikan terdapat semakan berkala terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di seluruh Universiti.
    4. Memastikan pengurusan tertinggi Universiti melaksanakan komunikasi yang efektif berkaitan dengan tugas, tanggungjawab dan amalan terbaik keselamatan dan kesihatan pekerjaan di seluruh Universiti.
  • 2. Kepimpinan Gorvenan & Pengurusan
  • 3. Pengurusan Operasi & Perlaksanaan
  • 4. Koordinasi & pemantauan
  • 5. Perlaksanaan Operasi

Peranan & tanggungjawab setiap staf berkaitan dengan pengurusan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Setiap individual staf universiti berperanan untuk:
  1. Memahami dan mematuhi polisi dan prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Universiti.
  2. Bekerjasama dengan Universiti dalam mencapai objektif keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  3. Mengambil tindakan yang munasabah bagi memastikan terhadap kesihatan dan keselamatan anda sendiri dan orang lain yang mungkin terjejas akibat perbuatan atau cara anda melaksanakan aktiviti.
  4. Mengemukakan sebarang isu ketidakpatuhan melalui jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan PTj termasuk sebarang situasi, cara kerja atau prosedur yang berpotensi tidak selamat atau yang telah dilaporkan.
  5. Menjalani latihan mandatori keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan latihan lain sepertimana yang ditetapkan atau diarahkan oleh Universiti.
  6. Menjalankan tanggungjawab dan tugas keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan lantikan dalam jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan PTj.

Peranan & tanggungjawab pelajar/kontraktor/pelawat berkaitan dengan pengurusan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Setiap individual selain staf universiti iaitu pelajar, kontraktor atau pelawat berperanan untuk:
  1. Bekerjasama dengan staf Universiti untuk membantu membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab berkaitan dengan keperluan peruntukan undang-undang dan polisi.
  2. Mematuhi keperluan undang-undang atau pekeliling keselamatan dan kesihatan pekerjaan sama ada secara lisan atau bertulis, yang dikeluarkan kepada anda.
  3. Melaporkan kemalangan, kejadian bahaya, kejadian nyaris dan penyakit pekerjaan kepada penyelia atau staf di Universiti.
  4. Tidak menyalahgunakan peralatan pelindung diri, pakaian, peralatan atau bahan yang disediakan oleh Universiti atau pihak ketiga yang menjalankan aktiviti bagi pihak Universiti.
  5. Memahami sebarang arahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, latihan atau taklimat yang diberikan kepada anda dan mengajukan sebarang pertanyaan kepada pihak pengurusan berkaitan dengan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Universiti.