Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan (JPKPKP)
Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal (FKTM)

Kami telah berjaya mengamalkan
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM)
tanpa sebarang kejadian kemalangan sejak
17 Disember 2024
Bilangan hari tanpa sebarang kejadian kemalangan dilaporkan di FKTM
hari
JPKPKP FKTM
Komited untuk mengurangkan risiko keselamatan dalam fakulti
Pelaporan Kemalangan
Sistem pelaporan kemalangan (SHE)
SHE merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh DMDC secara elektronik (online) kepada Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan UniMAP (COSHE). Dibangunkan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses penyampaian dan pemantauan keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh COSHE. Sistem ini membolehkan COSHE membuat pengisian maklumat-maklumat dan penyimpanan data secara atas talian bagi menggantikan proses pengisian maklumat secara manual sebelum ini.
Modul dalam SHE
- Modul Pelaporan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Kerosakan Harta Benda, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan.
- Modul Penyiasatan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Kerosakan Harta Benda, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan
- Modul Laporan Daftar Kes Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan
Melaporkan kemalangan dalam FKTM
Pelaporan kemalangan dalam
FKTM
sejak 1 Januari 2024
0
kes
melibatkan mangsa
0
kes
kemalangan nyaris
0
kes
kerosakan harta benda
0
kes
keracunan & penyakit pekerjaan

Kemukakan usul
Usul berkaitan dengan pengurusan keselamatan, persekitaran dan keselamatan pekerjaan di FKTM
Sila kemukakan sebarang cadangan berkaitan pengurusan keselamatan, persekitaran dan kesihatan pekerjaan. Kami akan meneliti dan membincangkan cadangan anda dengan teliti. Keselamatan dan kesihatan anda adalah keutamaan kami.
Kandungan usul (cadangan) mengandungi
- Penerangan isu yang berkaitan.
- Penerangan risiko-risiko keselamatan yang terlibat dan jangkaan tahap risiko dan jangkaan kekerapan kemalangan yang mungkin berlaku.
- Cadangan cara-cara penyelesaian (sekiranya ada).
Kemukakan usul secara bertulis kepada JPKPKP FKTM
Ketahui status usul yang dikemukan kepada JPKPKP FKTM
Kemukakan usul melalui wakil-wakil
Usul berkaitan dengan pengurusan keselamatan, persekitaran dan keselamatan pekerjaan melalui wakil-wakil pekerja di FKTM
Sila kemukakan sebarang cadangan berkaitan pengurusan keselamatan, persekitaran dan kesihatan pekerjaan melalui wakil-wakil pekerja di JPKPKP FKTM. Pihak JPKPKP akan meneliti dan membincangkan cadangan anda dengan teliti. Keselamatan dan kesihatan anda adalah keutamaan kami.

Kandungan usul (cadangan) mengandungi
- Penerangan isu yang berkaitan.
- Penerangan risiko-risiko keselamatan yang terlibat dan jangkaan tahap risiko dan jangkaan kekerapan kemalangan yang mungkin berlaku.
- Cadangan cara-cara penyelesaian (sekiranya ada).
Pengurusan Bahan Kimia
Carta alir perolehan bahan kimia di FKTM
Proses perolehan bahan kimia adalah diwajibkan kepada semua warga FKTM semasa menjalankan proses perolehan yang berkaitan dengan bahan kimia samada untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mahupun untuk tujuan penyelidikan agar mematuhi tahap pengurusan keselamatan bahan kimia dalam UniMAP yang telah digariskan oleh pihak COSHE UniMAP.

Pengurusan Bahan Kimia
Carta alir pengendalian bahan kimia di FKTM
Proses pengendalian bahan kimia ini adalah diwajibkan kepada semua warga FKTM semasa mendapatkan bahan kimia dari stor simpanan bahan kimia dan menyimpan balik bahan kimia di stor yang ditetapkan samada untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mahupun untuk tujuan penyelidikan agar mematuhi tahap pengurusan keselamatan bahan kimia dalam UniMAP yang telah digariskan oleh pihak COSHE UniMAP. Penggunaan personal protective equipment (PPE) yang bersesuaian berdasarkan MSDS adalh diwajibkan semasa pengendalian bahan kimia dalam FKTM. Rekod penggunaan bahan kimia adalah diwajibkan agar inventori bahan kimia senantiasa dalam kawalan pegawai pengendalian bahan kimia agar berada pada paras yang terkawal.
.png)
Hubungi kami
JPKPKP FKTM
- Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Jawatankuasa Pengurusan Bahan Kimia
- Jawatankuasa Pengurusan Buangan Terjadual
- Jawatankuasa Pengurusan Mekanikal
- Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Tindak Balas Kecemasan
- Jawatankuasa Penilaian Kendiri